Wednesday, October 5, 2011

izinkanku bertemankan Rabi'ah..




desir angin mengusap lembut pipi Intizaar..
berkali jua merpati dari kaki langit singgah d anjung sutuh..
mengintai intai sayup wajah intizaar..
mungkin tertanya tanya akan merpati..
apakah yg dilamunkannya? sehingga hebatnya jiwa yg tanpa bicara,
mampu mengalirkan airmata intizaar..
novel Rabi'atul Adawiyah 'perindu cinta Abadi' karya Zahiruddin Zabidi baharu sahaja dikhatamkan..
berkali kali cinta Rabi'ah dirasakan hangat dalam jiwa Intizaar..
setiap bab demi bab kisah Rabi'ah dihayati dengan khusyuk..
sehingga airmata sudah lagi tidak mampu menyekang rindu..
jiwa Rabi'ah adalah satu..jiwa yg satu tiada dua..
jiwa yg bersatu dengan ALLAH..sehingga tiada tempat buat insan bertakhta beradu d jiwanya..
selama 80 tahun hayatnya..
Rabiatul adawiyah adalah serikandi pilihan ALLAH..yg hanya mengenali Tuhannya..

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain
Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada
penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah
ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
begitulah kalam hikmah Rabiatul Adawiyah..

beliau tidaklah seperti wanita2 lain..
yg mengharap belas ihsan kasih manusia..menanti nanti kehadiran pasangan hidupnya..
perasaan itu tiada dalam kamus hidup Rabi'ah..kasih dan cinta pd manusia hanyalah sandiwara dan kebahagiaan yg sementara..kerana jiwanya sudah penuh dengan cinta ILAHI..

sehingga beliau mampu mengungkapkan,

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.
Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik
Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

'siapakah Rabiatul Adawiyah? hebatnya anugerah ALLAH yg dikurniakan padanya?'
hati Intizaar bermonolog sepi..

kadang2,
Intizaar bagaikan bersatu dengan Rabi'ah..
saat mengingati ALLAH..
pernah dirasakan Rabi'ah turut menyertai..
dekatnya hati kekasih ini mengingati setia akan Kekasihnya..


sejenak itu...
dalam lamunan yg tenang...
nama Intizaar terpanggil..

'Intizaar,lekas ke dapur..kita masak tengah hari,nanti walid dan abang2 balik nak makan..'
ummi menyapa dengan senyuman..

intizaar bingkas bangun dari bangku lalu memandang sejenak akan novel Rabiatul Adawiyah sambil mengusap airmata dek kerinduan yg sejenak..
sang merpati dari sutuh juga mula melayangkan diri..harapan mencari sesuap rezeqi utk warisnya..
sudah lama jiwa Intizaar ingin bersama Rabi'ah..
ingin berusaha menguzlah diri dari masyarakat..ingin mengikuti pengajian tasawwuf di pondok2..
ingin bersama mereka dalam dunia pembersihan hati dan istiqamah akannya..
namun,setiap kali diri meluahkan hasrat hati,
tika itu lah jua berbagai halangan didapati....

'ummi,apa pendapat ummi jika Intizaar masuk kelas pondok?
intizaar nak jadi macam Rabiatul Adawiyah..
Intizaar benar2 ingin mengenali jiwanya..
mengenali keyaqinannya..Intizaar ingin semakin rapat dengan ALLAH..'
suara qalbu intizaar disuarakan..

'Intizaar nak jadi macam Rabi'atul Adawiyah? Rabi'ah x kahwin..
tapi ummi nak cucu..kalau x kahwin,macam mane ummi nak dapat cucu nanti..'
balas ummi bercanda..

kemudian menyambung bicara dengan lebih serius..
'Intizaar anakku,benar itu hasrat Intizaar,tapi ia tidak sama dengan hasrat ummi dan abi..ummi dan abi berkorban banyak utk Intizaar dari segi kewangan utk Intizaar sambung belajar ke Mesir..
peluang Intizaar cerah utk menjadi Doktor..result tahun nie pun alhamdulillah Intizaar cemerlang..
bukan ke impian Intizaar untuk menjadi Pakar Sakit Puan kan?
Intizaar kan berlatar belakang sekolah agama arab..
kukuhkan yg asas dulu..
inshaALLAH nanti ALLAH bg jalan lain asbab mengembirakan ibu bapa..
bukan begitu anakku?

penerangan ummi jelas menyentuh sanubari Intizaar...Intizaar faham akan maksud ummi..Redha ALLAH terletak pd redha kedua ibu bapa..
adapun Rabi'ah,
sedari kecil lagi merupakan yatim piatu..redha ibu bapa sudah terlepas dari tanggungjawabnya..
Intizaar hanya mampu berdiam diri..tiada kata2 yg mampu menafsirkan perasaan ketika itu..
hanya terdetik dalam sunyi..

'Ya Allah,apakah kehidupanku tidak dapat diteruskan dalam mendalami ilmuMu secara mendalam..aku tidak dibenarkan untuk ke pondok..aku hanya bimbang seandainya kehidupan di alam medic akan berterusan melalaikanku dalam diam..'
Intizaar ibarat tidak sedar dalam dunia Rabi'ah..jauh melayang ingatkan ALLAH..
dan ni'matnya tiadalah terbayang akan bicara..
zauq nya ibarat menikmati buah yg manis..
tiadalah terlafaz akan lazatnya..melainkan bila dirasai sendiri..
dalam perjalanan yang panjang,
pernah Intizaar bertekad untuk tidak jatuh cinta pada mana2 insan..dan setia dalam alam Rabi'ah yg mencintai ALLAH..
namun,ternyata Intizaar di uji akannya..
dan sedarlah Intizaar bahawa diri ini tidaklah selayak Rabi'ah yg bertahun tahun mengabdi akan Tuhannya..tiada sebanding dan sememangnya tidak terbanding..
maka tibalah waktunya..ALLAH taqdirkan untuk Intizaar menghayati maksud hadits ini..

Sabda Rasulullah saw:
"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.."

itulah syariat dari ALLAH untuk ummat Nabi Muhammad..
sebagai panduan dalam jalan yang diredhai ALLAH..
begitulah..
walau jauh sekali untuk Intizaar sampai tahap pengharapan Rabi'ah terhadap ALLAH..
namun,moga2 ALLAH tidak menghalangku untuk setia menyintaiNya walau jasad kini bakal dimiliki hamba ALLAH jua..

kini..Intizaar sudah dimiliki zahirnya..
menjadi tunang orang yang soleh inshaALLAH..
begitulah kehidupan dunia..
ALLAH sudah menetapkan yang terbaik bagi kita..walaupun dalam masa yg sama kita inginkan yang lain...
ALLAH yg Maha Baik telah berfirman :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

ayat ini jelas bahawa ALLAH berkuasa mutlak menentukan keadaan hal ehwal yg sesuai dengan kita..
harapan Intizaar agar hati ini bisa benar2 terpaut pada cinta ALLAH..
biarpun perlu melalui suasana dunia kedoktoran dan bakal menjengah ke alam perkahwinan..
inshaALLAH..


namun,
impian Intizaar buat ummi,walid dan tunang Intizaar..
seandainya hasrat hati kalian tercapai atas usaha yg ALLAH bekalkan untuk Intizaar ini,
maka suatu hari nanti,janganlah kalian menghalang untuk Intizaar benar2 bersama dengan kekasih sebenar Intizaar...
yakni RABIATUL ADAWIYAH..sesudah ALLAH dan RASULNYA..

ya ALLAH,mahligaikanlah jiwa pencintaMu dalam taman yang Engkau Redha..
iaitu taman para perindu dalam pengharapan untuk tenggelam dalam lautan cintaMu..

alhamdulillah..
lena malam itu penuh dengan ketenangan..

kembara Intizaar di alam mimpi,
dijulang terbang sepasang sayap,
tersedia taman tanpa sepi,
indahnya bicara tiada terucap..

Rabi'ah hadir d alam mimpi,
tangannya lembut bak bidadari,
menyapa tangan si pacal ini,
membawa terbang ke alam jannati..

Rabi'ah,engkau rapat dengan Kekasihmu,
walau tidak pernah melihat wajahmu,
namun kerap hadir dalam mimpiku,
bagai membalas jawapan rinduku..

wahai Rabi'ah..
kita terpisah antara dua wajah..
wajah abbasi dan wajah akhir zaman..
engkaulah gadis abbasi dan aku gadis akhir zaman..
ku harap bersatu jua zaman itu..
iaitu zaman rahsia..
antara kau dan aku..
tiada yang lain..
bahkan dia dan dia..
tiada yang mengganggu,hanya kita berdua..
bersemadi dalam cinta Robb..
kerana ILAHI jua..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan dari Rabb-nya, yang berfirman, ‘Cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling mencintai karena-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling tolong-menolong karena-Ku, dan cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling berkunjung karena-Ku.’ Orang-orang yang bercinta karena Allah berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya dalam naungan ‘Arsy pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya.” (HR. Ahmad; Shahih )..

wallahua'lam...

:: el Intizaar Mahabbatillah ::
:: 5 oct 2011 , 9.58 .pm (waktu malaysia )::
:: musim panas di mesir ::
 
© 2009 | InTiZaaR | Por Templates para Você | This template is brought to you by : allblogtools.com