Saturday, November 6, 2010

:: fitnah ::

fitnah...
izinkan aku bertanya..
dari manakah asalmu..?
di manakah tempat tinggalmu?
siapakah dirimu..?
siapakah keluargamu..?
aku cuba mengenalimu..
tapi..
masih tidakku temui..

fitnah..
sering kali aku tertanya2..
mengapa sering kau bertandang..?
bertandang kepadaku..
aku tidak pinta kau hadir..
tidak langsung meminta akan dirimu..
jujur dari hatiku..
aku tidak pernah mengenalimu..

fitnah..
hadirmu padaku bukan sekadar merobekkan semangatku,
meruntuhkan pendirianku,
mengaburkan pandanganku..
bahkan kau hampir melunturkan cahaya imanku..
yang kadang2 mejadikanku seorg yg tidak pernah mengenali akan Tuhan..
menyalahkanNya pada setiap kali hadirnya kau..
mencacatkan segala ilmu dan amalan yg selama ini menjadi benteng sanubariku..

fitnah..
aku menanti jawapanmu terhadap persoalan2ku..
aku merayu padamu duhai fitnah..
jauhilah aku..
aku tidak pernah pinta akan kehadiranmu..
tidak pernah sekali..
sekalipun rebah langit menghempap jasadku..
sekalipun terkuburnya aku dalam tanah yg gersang..
sekalipun terkapai2nya aku dalam lautan yg mengganas..
aku lebih rela pada hakikatnya..
daripada menanggung beratnya bebanan memikulmu..

fitnah..
engkau telah meratah maruahku..
memuntahkan aibku..
sekalipun semua itu..
tidak ada pun yg nyata..
mengapa?
apa yg kau mahukan dariku?
beritahulah padaku?
sementara rohku masih bernyawa..
selagi jasadku masih mampu menanggungmu..

fitnah..
setelah sekian lama aku memikulmu..
setelah semua telahan2 manusia kepadaku..
berbaur ayat2 yg amat kesat..

'perempuan sial,murahan..!
insan xde maruah..!
Allah laknat kau..!'

aku semakin lali..
aku semakin pekak terhadap tohmahan2 ini..
sekalipun airmataku cuba utk membasuh luka di hati..
namun,segala kebisuan dan kebutaan telah mula mengajarku erti sebuah kehidupan..

fitnah..
kini aku sudah sedar..
kau kiriman Tuhanku..
Tuhan yg selama ini sentiasa bersamaku..
saat ku merintih tatkala hadirnya kau..
kerna..
semalam ku bermimpi..
ku melihat kau hadir..
memberiku senyuman..
senyuman ketenangan yg tidak pernah ku lihat sblm nie..
kau mengenggam erat tanganku..
mengucapkan...
"hadirku utkmu..
adalah utk menghampirkan kau bersama Allah..adalah utk menaikkan martabatmu..dan utk menjadikan kau gadis yg mendapat perlindunganNya di mahsyar..tatkala org yg memfitnahmu itu terkapai2 dalam nerakaNya..
bersabarlah duhai insan yg sgt beruntung..
yg sentiasa tabah mengharungi segala ketentuan tuhannya..
sesungguhnya teguhnya tugumu itu telah menjadikan kau mulia dan tinggi darjatnya disisi tuhanmu..
kerana sesungguhnya sekalipun seluruh kejadian Allah di muka bumi ini membencimu..
adalah sejuta kali lebih baik jika dibandingkan dengan kasih syg dah ihsan Allah,kekasihmu yg satu,satu dan akan kekal satunya..
tahniah ku ucapkan padamu.."

fitnah..
walaupun kerap kali kau bertandang padaku..
aku melebarkan sambutan yg hangat buatmu..
walaupun kerap juga kau berantam dengan sahabat baikku,,iman..
namun,,kali ini,,insyaAllah akan ku jadikan kau berteman dengannya..


Allah..
kuatkanlah tugu imanku..
sesungguhnya aku tidak dapat memperjuangkan dinMu tanpa bimbingan dan perlindunganMu..
aku sangat gembira tatkala diuji..
sangat gembira..
sehingga xdpt ku ungkapkan dengan bicara...

Allah..
aku menanti jawapanMu..
jawapan kasih syg Tuhan kepada perinduNya.........

+el intizaar mahabbatillah '10+

Comentários:

Post a Comment

 
© 2009 | InTiZaaR | Por Templates para Você | This template is brought to you by : allblogtools.com