Wednesday, October 5, 2011

izinkanku bertemankan Rabi'ah..




desir angin mengusap lembut pipi Intizaar..
berkali jua merpati dari kaki langit singgah d anjung sutuh..
mengintai intai sayup wajah intizaar..
mungkin tertanya tanya akan merpati..
apakah yg dilamunkannya? sehingga hebatnya jiwa yg tanpa bicara,
mampu mengalirkan airmata intizaar..
novel Rabi'atul Adawiyah 'perindu cinta Abadi' karya Zahiruddin Zabidi baharu sahaja dikhatamkan..
berkali kali cinta Rabi'ah dirasakan hangat dalam jiwa Intizaar..
setiap bab demi bab kisah Rabi'ah dihayati dengan khusyuk..
sehingga airmata sudah lagi tidak mampu menyekang rindu..
jiwa Rabi'ah adalah satu..jiwa yg satu tiada dua..
jiwa yg bersatu dengan ALLAH..sehingga tiada tempat buat insan bertakhta beradu d jiwanya..
selama 80 tahun hayatnya..
Rabiatul adawiyah adalah serikandi pilihan ALLAH..yg hanya mengenali Tuhannya..

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain
Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada
penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah
ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
begitulah kalam hikmah Rabiatul Adawiyah..

beliau tidaklah seperti wanita2 lain..
yg mengharap belas ihsan kasih manusia..menanti nanti kehadiran pasangan hidupnya..
perasaan itu tiada dalam kamus hidup Rabi'ah..kasih dan cinta pd manusia hanyalah sandiwara dan kebahagiaan yg sementara..kerana jiwanya sudah penuh dengan cinta ILAHI..

sehingga beliau mampu mengungkapkan,

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.
Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik
Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

'siapakah Rabiatul Adawiyah? hebatnya anugerah ALLAH yg dikurniakan padanya?'
hati Intizaar bermonolog sepi..

kadang2,
Intizaar bagaikan bersatu dengan Rabi'ah..
saat mengingati ALLAH..
pernah dirasakan Rabi'ah turut menyertai..
dekatnya hati kekasih ini mengingati setia akan Kekasihnya..


sejenak itu...
dalam lamunan yg tenang...
nama Intizaar terpanggil..

'Intizaar,lekas ke dapur..kita masak tengah hari,nanti walid dan abang2 balik nak makan..'
ummi menyapa dengan senyuman..

intizaar bingkas bangun dari bangku lalu memandang sejenak akan novel Rabiatul Adawiyah sambil mengusap airmata dek kerinduan yg sejenak..
sang merpati dari sutuh juga mula melayangkan diri..harapan mencari sesuap rezeqi utk warisnya..
sudah lama jiwa Intizaar ingin bersama Rabi'ah..
ingin berusaha menguzlah diri dari masyarakat..ingin mengikuti pengajian tasawwuf di pondok2..
ingin bersama mereka dalam dunia pembersihan hati dan istiqamah akannya..
namun,setiap kali diri meluahkan hasrat hati,
tika itu lah jua berbagai halangan didapati....

'ummi,apa pendapat ummi jika Intizaar masuk kelas pondok?
intizaar nak jadi macam Rabiatul Adawiyah..
Intizaar benar2 ingin mengenali jiwanya..
mengenali keyaqinannya..Intizaar ingin semakin rapat dengan ALLAH..'
suara qalbu intizaar disuarakan..

'Intizaar nak jadi macam Rabi'atul Adawiyah? Rabi'ah x kahwin..
tapi ummi nak cucu..kalau x kahwin,macam mane ummi nak dapat cucu nanti..'
balas ummi bercanda..

kemudian menyambung bicara dengan lebih serius..
'Intizaar anakku,benar itu hasrat Intizaar,tapi ia tidak sama dengan hasrat ummi dan abi..ummi dan abi berkorban banyak utk Intizaar dari segi kewangan utk Intizaar sambung belajar ke Mesir..
peluang Intizaar cerah utk menjadi Doktor..result tahun nie pun alhamdulillah Intizaar cemerlang..
bukan ke impian Intizaar untuk menjadi Pakar Sakit Puan kan?
Intizaar kan berlatar belakang sekolah agama arab..
kukuhkan yg asas dulu..
inshaALLAH nanti ALLAH bg jalan lain asbab mengembirakan ibu bapa..
bukan begitu anakku?

penerangan ummi jelas menyentuh sanubari Intizaar...Intizaar faham akan maksud ummi..Redha ALLAH terletak pd redha kedua ibu bapa..
adapun Rabi'ah,
sedari kecil lagi merupakan yatim piatu..redha ibu bapa sudah terlepas dari tanggungjawabnya..
Intizaar hanya mampu berdiam diri..tiada kata2 yg mampu menafsirkan perasaan ketika itu..
hanya terdetik dalam sunyi..

'Ya Allah,apakah kehidupanku tidak dapat diteruskan dalam mendalami ilmuMu secara mendalam..aku tidak dibenarkan untuk ke pondok..aku hanya bimbang seandainya kehidupan di alam medic akan berterusan melalaikanku dalam diam..'
Intizaar ibarat tidak sedar dalam dunia Rabi'ah..jauh melayang ingatkan ALLAH..
dan ni'matnya tiadalah terbayang akan bicara..
zauq nya ibarat menikmati buah yg manis..
tiadalah terlafaz akan lazatnya..melainkan bila dirasai sendiri..
dalam perjalanan yang panjang,
pernah Intizaar bertekad untuk tidak jatuh cinta pada mana2 insan..dan setia dalam alam Rabi'ah yg mencintai ALLAH..
namun,ternyata Intizaar di uji akannya..
dan sedarlah Intizaar bahawa diri ini tidaklah selayak Rabi'ah yg bertahun tahun mengabdi akan Tuhannya..tiada sebanding dan sememangnya tidak terbanding..
maka tibalah waktunya..ALLAH taqdirkan untuk Intizaar menghayati maksud hadits ini..

Sabda Rasulullah saw:
"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.."

itulah syariat dari ALLAH untuk ummat Nabi Muhammad..
sebagai panduan dalam jalan yang diredhai ALLAH..
begitulah..
walau jauh sekali untuk Intizaar sampai tahap pengharapan Rabi'ah terhadap ALLAH..
namun,moga2 ALLAH tidak menghalangku untuk setia menyintaiNya walau jasad kini bakal dimiliki hamba ALLAH jua..

kini..Intizaar sudah dimiliki zahirnya..
menjadi tunang orang yang soleh inshaALLAH..
begitulah kehidupan dunia..
ALLAH sudah menetapkan yang terbaik bagi kita..walaupun dalam masa yg sama kita inginkan yang lain...
ALLAH yg Maha Baik telah berfirman :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

ayat ini jelas bahawa ALLAH berkuasa mutlak menentukan keadaan hal ehwal yg sesuai dengan kita..
harapan Intizaar agar hati ini bisa benar2 terpaut pada cinta ALLAH..
biarpun perlu melalui suasana dunia kedoktoran dan bakal menjengah ke alam perkahwinan..
inshaALLAH..


namun,
impian Intizaar buat ummi,walid dan tunang Intizaar..
seandainya hasrat hati kalian tercapai atas usaha yg ALLAH bekalkan untuk Intizaar ini,
maka suatu hari nanti,janganlah kalian menghalang untuk Intizaar benar2 bersama dengan kekasih sebenar Intizaar...
yakni RABIATUL ADAWIYAH..sesudah ALLAH dan RASULNYA..

ya ALLAH,mahligaikanlah jiwa pencintaMu dalam taman yang Engkau Redha..
iaitu taman para perindu dalam pengharapan untuk tenggelam dalam lautan cintaMu..

alhamdulillah..
lena malam itu penuh dengan ketenangan..

kembara Intizaar di alam mimpi,
dijulang terbang sepasang sayap,
tersedia taman tanpa sepi,
indahnya bicara tiada terucap..

Rabi'ah hadir d alam mimpi,
tangannya lembut bak bidadari,
menyapa tangan si pacal ini,
membawa terbang ke alam jannati..

Rabi'ah,engkau rapat dengan Kekasihmu,
walau tidak pernah melihat wajahmu,
namun kerap hadir dalam mimpiku,
bagai membalas jawapan rinduku..

wahai Rabi'ah..
kita terpisah antara dua wajah..
wajah abbasi dan wajah akhir zaman..
engkaulah gadis abbasi dan aku gadis akhir zaman..
ku harap bersatu jua zaman itu..
iaitu zaman rahsia..
antara kau dan aku..
tiada yang lain..
bahkan dia dan dia..
tiada yang mengganggu,hanya kita berdua..
bersemadi dalam cinta Robb..
kerana ILAHI jua..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan dari Rabb-nya, yang berfirman, ‘Cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling mencintai karena-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling tolong-menolong karena-Ku, dan cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling berkunjung karena-Ku.’ Orang-orang yang bercinta karena Allah berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya dalam naungan ‘Arsy pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya.” (HR. Ahmad; Shahih )..

wallahua'lam...

:: el Intizaar Mahabbatillah ::
:: 5 oct 2011 , 9.58 .pm (waktu malaysia )::
:: musim panas di mesir ::

Thursday, June 9, 2011

aku takutkan Allah





Abu Hurairah ada meriwayatkan,akan terdapat 7 golongan yang mendapat naunganNYA d hari tiada naungan melainkan naunganNYA..


1. pemimpin yang adil


2.pemuda yang masanya dihabiskan utk beribadah kepada ALLAH..


3.seseorg yang hatinya terpaut dengan masjid


4.lelaki yang berkasih sayang..bertemu dan berpisah kerana ALLAH semata..


5.lelaki yang di ajak dan di goda wanita berpengaruh dan cantik utk melakukan maksiat,lalu dia mengelak dan berkata "sesungguhnya aku takutkan ALLAH"


6.seseorg yang bersedekah dengan tangan kanannya sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya..


7.lelaki yang mengingati ALLAH dalam sendirian lalu mengalirlah airmatanya..


-hadis riwayat IMAM MUSLIM-


lihatlah naungan yang ke lima..


"lelaki yang di ajak dan digoda wanita berpengaruh utk melakukan maksiat,lalu dia menolak dengan mengatakan 'inni akhofullah"..


lihatlah teman se agamaku..


betapa mulianya pandangan ALLAH buat mrk yang menjaga maruah dan diri dari terpalit dosa dunia..


dan begitu indahnya ni'mat anugerah ALLAH buat mereka yang berusaha mencari keredhaan ALLAH dalam marah dan bencinya manusia..


sudah semestinya fitnah bakal terpalit buat hamba yang berlindung dengan ALLAH ini..


kerana menolak ajakan org yang berpengaruh..


namun,dek kerana hanya ALLAH yg dilihat,semua keindahan dunia bagai pudar begitu sahaja..


sahabat,siapakah lagi yang menjadi harapan kita selain ALLAH..


di dunia lagi ALLAH dah buktikan bahawa kita sememangnya x mampu utk berbuat sesuatu melainkan dengan bantuanNYA..


makan,minum,pakaian,kesihatan..dan yang paling sejahtera..ni'mat islam,iman,ihsan yang ALLAH anugerahkan itu..jauh dari kemampuan utk kita usahakan sendiri..semua dari RABB izzah...cahaya HIDAYAHNYA..


suka intizaar kongsi beberapa coretan kisah dari para salafussaleh dan anbiya' yang banyak memberi pengajaran pd kita sebenarnya dalam konsep mencari makna KETUHANAN yang sesungguhnya..


kisah pertama dari nabi ALLAH yusuf alaihissalam..


sahabat blh lihat terjemahan dalam surah yusuf : ayat 23..


betapa ALLAH menjaga si nabi yang rupawan ini dari terjerumus ke lembah maksiat..jauh dari tergoda dek hasutan zulaikha @ zalikha @rail..


dan betapa ALLAH juga membenarkan kebaikan dan kemuliannya tersebar luas ke bumi kinanah,mesir..


rajin2kan lah meneliti mukjizat alquran..rahsia yg jelas membawa sinar hidayah dari RABBmu..



kisah kedua..melalui penelitian intizaar..ia sangat membawa satu perspektif yang positif bagi para hamba yang menuju ma'rifatullah..
siri dimana golongan waliyullah,HASSAN BASRI,TSABIT ALBANANI dan MALIK DINAR meminang pemilik maqam mulia,waliyullah RABIATUL ADAWIYAH..
ceritanya bermula ketika mereka menziarahi pondok rabiah dan berkeinginan utk meminangnya..



soalan pertama di aju oleh imam hassan basri..


"wahai rabiah,kahwin itu sunnah rasulullah,utk itu silalah engkau memilih salah seorg di antara kami.."


maka jawab rabiah..


"baiklah tuan2..saya mempunyai satu permasalahan,jika tuan2 dapat memecahkan permasalahan itu,nescaya dialah yg akan menjadi suamiku.."


soalan pertama : menurut tuan2,nanti d mahsyar,saya termasuk golongan mana? neraka atau syurga?


soalan kedua : menurut tuan2,saya adalah golongan yang celaka atau golongan yang bahagia,ketika ALLAH ciptakan saya dalam kandungan ibu saya.."


soalan ketiga : menurut tuan2,saya termasuk golongan mana ketika diseru nanti..adakah golongan yang diseru "janganlah kamu bersedih dan gentar,atau 'tidak ada gembira bagimu'.."



soalan keempat : "menurut tuan,golonganku nanti termasuk golongan syurga atau neraka?"


soalan kelima : "menurut tuan,wajahku di akhirat putih berseri atau hitam legam lagi menghinakan?"


soalan keenam : "bagaimanakah seruan buatku d akhirat kelak,'fulan bin fulan bahagia' atau 'fulan bin fulan' celaka.?"


usai soalan itu..hassan basri dan sahabatnya terdiam seketika lalu menundukkan kepalanya dan mengalirlah airmata mrk..lalu menjawab..


"maaf rabiah,saya tidak tahu akan jawapannya"



lalu rabiah kecewa dan sedih..dan berlalulah golongan waliyullah itu dengan persoalan yg sangat tertugu di qalb..


begitulah teman..mencari ALLAH bukan mudah..meski kita nampak benda itu satu perkara yg indah jika bergerak dalam jemaah..namun haruslah di ingat..kehidupan kita x selamanya dalam jemaah dan bai'ah yg bagus..



pasti ALLAH akan uji kedudukan kita sebagai pemilik hidayahNYA..


sebagaimana firmannya :


"sesungguhnya KAMI akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ada musuh dan sedikit kelaparan..dengan kekurangan harta benda dan jiwa..serta hasil tanaman..dan berilah khabar gembira kepada mereka yang SABAR"


jika ALLAH mentarbiah jiwa dan rohani..kita sudah tidak memerlukan mana2 pihak utk menyegarkan iman kita..


mohonlah pada TUHAN yg satu..hanya DIA selayaknya TUAN yang mempunyai hamba..yg di mohonkan segala pengharapan..


moga2 ALLAH memudahkan proses insan menghampiriNYA..


mencari ALLAH itu bak menyelam ke dasar lautan..


semakin dalam menghampiri dasar..semakin hilang gema manusia..


hilai manusia,suara manusia..


semakin jauh dari pengharapan dunia..yg tinggal hanyalah degupan jantung..berdegup kalimah RABB..


disitulah bertemunya hati kepada RABB..


mencariNYA dengan penuh setia...


moga2 ALLAH berkenan mengangkat hijab antaraNYA dengan hambaNYA yg benar2 mencariNYA..


amin..

Saturday, April 30, 2011

dialah kekasih yg MAHA PENGASIH..

aku...
mempunyai seorg kakak...
kakak..
yg begitu hampir...
begitu rapat dengan hati dan jiwa ku..
dia temanku...
dia ratuku..selepas ibuku..
tatkala aku mencari dan mengenali TUHANku...
dialah kakakku...
yg membantuku mengenaliNYA..
namun...
takdirku....
x sempat melihat wajahnya..
x sempat menemui jasad zahirnya...
yg sempat..hanya melalui cerita2 mereka tentangnya...
cerita yg dari ratusan tahun...
turun temurun..menjadi khazanah pengalaman...
dan aku membaca kisah dia...menitis airmata..
menahan rindu ingin bertemunya...
menahan derita ingin mendengar kisah ma'rifatullah..darinya..

dialah...
waliyullah RABIAH BINTI ISMAIL ADAWIYAH..
atau d kenali rabiatul adawiyah...

wahai kakak ku pencinta ALLAH...
maafkan adikmu krn tanpa malu melafazkan kau sbg ukhti..
walau bukan sbg saudara seibu..
namun,kau lebih ku rasa dekat melebihi saudara kandung...
lahirnya dikau ratusan tahun mendahuluiku..
lama....756 masihi...dan kini ...2011 masihi...
d zaman yg menggigit,,khalifah abbasiah..
wahai kakak ku permata hatiku..
sungguh kau hanya mencari ALLAH..TUHANmu dan TUHAN adikmu...
kau mengajarku erti sebuah pengabdian kpd RABB krn cinta..bukan krn pengharapan dan takut semata..
wahai kakak ku bernama RABIAH..
kau d lahirkan sbg anak bongsu dan keempat..krn itu namamu RABIAH (yg keempat)..
dan adikmu juga anak yg keempat dan bongsu..
wahai kakakku bernama RABIAH...
engkau mengajar dan mendidikku...
agar mencari kekasih kita...
ALLAH HAQQ...
engkau sentiasa berdoa memohon pada KEKASIH itu..
agar menetapkan hati serta menenggelamkanmu dalam cinta dan mengingatiNYA semata...
wahai kakak ku buah hatiku...
aku menyintaimu wahai kakak ku..
aku mendamba utk bertemu denganmu...
walau dalam mmpi...cukuplah utk ku menatap wajahmu penuh suci..
lambang anugerah KEKASIHmu...
inginku memelukmu..krn x tertahan merinduimu...
kau mentarbiah hatiku...yg asalnya dari TUAN kita...
engkau menyerahkan hatimu semata kpd RABB...
sehingga kau mengharamkan syurga buatmu....dan menghalalkan neraka buatmu...
jika ibadahmu krn keduanya..bukan krn KEKASIHmu...
wahai kakak ku...
adikmu mendamba agar dapat bertemumu...bersua dua muka...berbicara 2 lisan...
berhadapan dengan penuh cinta...cinta menuju ALLAH SUBHANAHU WATA'ALAA...
melupakan dunia yg penuh dugaan...
wahai RABIATUL ADAWIYAH...
KESEKIAN KALI..HATIKU SENTIASA MENGENANGMU..
krn hatiku mencari TUHAN kita...ALLAH yg satu...
aku bertawassul dengan namamu..
dengan kewalianmu d sisi TUHAN mu...
moga2 DIA ALLAH yg MAHA PENYAYANG berkenan memaqbulkan harapan seorg hamba..

yaa rabiatul adawiyah..
aku merasakan dekat krn kau bukan seorg yg yg d kurniakan kelebihan oleh TUANmu..namun engkau masih mencariNYA...
yaa rabiatul adawiyah..
aku merasa hampir dgnmu..krn engkau bukan dari keturunan rasulullah..jadi aku tidak merasa rendah diri..
yaa rabiah...aku merasa aman membaca kisahmu..kerana tiada apa yg menaikkan martabatmu melainkan pengabdian mu pd ALLAH..
tiada istilah harta,keturunan mahupun rupa...itulah cinta haqiqi menuju RABB..

biarlah...tinggal rahsia kitaa....
bahawa engkau ku rindu...dan engkau ku nanti...
wujud berbicara dalam hatiku...secara sembunyi...
tanpa mereka tahu...engkau hamba yg ALLAH kasih ...
sedang berbicara dengan aku,mencari YANG MAHA PENGASIH...~
AMEENN..

:: el intizaar mahabbatillah ::

Tuesday, April 19, 2011

kerana aku bukan sesiapa



dalam pencarian seorang hamba..

merintihlah kepada TUHANmu..

yg MAHA MENANTI rintihan hambaNYA..

ya ALLAH RABBi wa RABBunnas..

hamba hy lah hamba..

yg kekal sbg seorg hamba..

wahai TUAN bernama TUHAN..

apakah haqq seorg hamba d mataMU yg RABB..

sungguh bodoh persoalan hamba ini..

tanpa malu menanyakan pd TUANnya..

apakah tidak malu jika RABB nya tidak menjawab persoalan itu..

itulah dia..

seorg yg hina mana mungkin akan d pandang mulia..melainkan pd dirinya wujud sifat2 ke arah apa yg d sukai TUANnya..

dan kekallah hamba..dengan merayu dan kekal dalam lautan rayuan hamba pd TUANnya...

alangkah ni'matnya sesiapa yg d anugerahkan ni'mat mencintai RABB nya ...dan kekal dalam ombak kerinduan dan ketaatan...

dan perasaan itu hanyalah utk para nabi,rasul,wali2 ALLAH,mereka yg terpilih...




firman ALLAH.."mereka wali2 ALLAH,tiada perasaan gerun mahupun takut pada hatinya"..

subhanALLAH..

itulah haqiqat RABB..dalam anugerahNYA..

dan hamba..kekal sbg hamba..

mencapai tahap itu..sungguh jauh..

hy yg terpilih dr TUANku..dapat merasai ni'matNYA...



wahai rasulullah..

engkau insan terpilih dr TUHAN kita bernama ALLAH..

inilah ummatmu..

ummat yg sekadar ummat...

dicipta pada hujung2 hayat bumi..

aku bukanlah dr kalangan sahabat2mu..

bukan dari kalangan isterimu..

bukan jua dr kalangan pewaris nasabmu..

jika engkau datang dan bertanya tentang keistimewaanku..

aku x mmpu utk mmberi jawapan..

sbb jawapanku tidak menepati persoalan itu...

aku bukanlah isterimu,bukan jua dari pewarismu..


jauh dari hakikat layak aku utk menggapai itu...

namun ...

ya rasulullah...

umatmu ini berkenan ingin menyampaikan..

bhwasanya..

ummatmu ini hanya mempunyai satu impian..

ingin melihat wajah TUHANnya...

dan bersamamu di satu tempat yg d pilih ALLAH...

dan itulah...hanya jawapan yg kekal sbg jawapan....

krn hanya ...

itulah harapan seorg hamba...



KERANA AKU...

BUKAN SESIAPA...~








Thursday, April 14, 2011

surat cinta seorang hamba


begitulah hati...

sentiasa teruji...

itulah perasaan...yang derita mencari KEKASIHnya..

hati...berusaha mengekalkan keabdiannya pdNYA..

berusaha utk sentiasa berterima kasih pd TUANnya..

itulah hati..yg setia mencari yg di CINTAI ...yg telah lama hilang..

sejak peminjam hati ini lahir melihat dunia..

wahai KEKASIH yang di cari..

betapa kerdilnya peminjam hati drNYA ini..

meskipun mencari2..

meraba2 dalam perjalanan..

hairan dengan hakikat diri..

hairan dengan hakikat NYA..

walaupun itu memang mustahil..utk bersama hakikat NYA..

hamba tahu..

berat d rase utk menanggung rindu ini..

DIA lebih tahu..

dan aku..xkan pernah tahu..


wahai ALLAH..

seandainya KAU meletakkan aku d satu sisi..yg d mana ENGKAU tidak memandang..tidak mendengar,tidak mencintaiku..

aku tetap menanti d jalan ini...krn aku tiada jalan lain utk menyelamatkan diriku..

aku tiada cara lain utk melepaskan diri dr ketetapanMU..

izinkanlah hamba meminjam pemilik rayuan hambaMU yg terpilih ,rabiatul adawiyah dalam cintanya pdMU..


bagaimanakah hati tidak merinduMU...

dalam tgh2 masyarakat,kau menguji diri dengan maksiat mrk..

dalam kehanyutan mrk..

kecenderungan mrk ke dunia..

bagaimana hati tidak merinduMU..

d tgh2 org muslim..

KAU mengujiku dgn sifat2 mrk yg memperlekehkan hukumMU..mempersenda sunnahMU..

malah ku melihat..dan ku mengira..

org yg d pertanggungjwb memegang jawatan tinggi dalam agamaMU sendiri..

membiasakan adat dan menjanggalkan sunnah..

mrk mencipta fatwa..namun dalam masa yg same..aku x melihat fatwa itu d praktikkan oleh dirinya sndiri..

ENGKAU lebih tahu apa d hati manusia..

namun,aku hamba sekadar melihat..dgn pandangan anugerahMU..

inilah sekeping hati yg remuk..

melihat dunia akhir zaman..

aku mencari2 mrk yg mendekatiMU..

agar mrk turut menempiasku..

xpe...

inilah sebuah UJIAN..lambang rahimMU..

bersabar dalam mencariMU..

itu yg akan aku pegang...

sampai selamanya...

rabbana..laa tuzigh qulubanaa..ba'daa iz hadaitana..wa hab lanaa..min ladunka rahmah..

wahai TUHAN..janganlah ENGKAU balikkan hati kami..sesudah ENGKAU memberi hidayah kpd kami..sesungguhnya ENGKAU penerima taubat...


itulah ALLAH ...yg MAHA MENJAGA..yg membawa tangan ini..melancarkan pergerakan menaip kalimah2 ini..

moga2 cinta sebenar terus menyinari qalb..


~hamba bernama insan...~

Thursday, April 7, 2011

kenali TUHAN bernama ALLAH..


bismILLAHIrahmaanirrahim..

puji pujian buat ALLAH,TUHAN sekalian alam..

MAHA SUCI NYA yg menjaga setiap hati2 org yang beriman..

kali ni,post intizaar ingin sentuh isu hati...

percaya x kita orang2 islam bahawa kita mempunyai hati yang lain selain dr hati yang doctor2 bedah tu..

kita ada satu hati yang d sebut 'qalb' dalam bahasa arabnya..

yee..percayalah..selain dr hati yg dah wujud..kita ade satu lagi penghayatan HATI dalam mengenali ALLAH...

dari An Nu'man b Basyir berkata..

"ketahuilah didalam tubuh manusia ada seketul daging..jika baik daging itu,maka baiklah seluruh tubuhnya..jika buruk dagingnya,maka buruklah seluruh tubuh badannya..

ketahuilah..daging itu adalah HATI"..

inilah dia hati yg d sebut oleh baginda RASULULLAH insan terpilih..

hati ini x dapat dilihat dengan pandangan lahir,

mahupun x dpt d sentuh dengan tangan yg zahir..

hati ini ALLAH yg MAHA MULIA tlh kurniakan kpd semua ciptaanNYA yg beraqal..

benar..ALLAH MAHA PEMBERI HIDAYAH...

namun,hakikat seorg hamba x terlepas utk memujuk rayu..mendamba impian kpd TUANnya utk d kurniakan hati yg bersih...

syukur kpd ALLAH..krn sahabat sekalian d beri hidayahNYA utk d bukakan hati menyingkap ruang tabir antara sahabat dan hati sahabat..

ALLAH menyampaikan ilmu ini..dan intizaar sekadar menaipnya d ruang alam maya..

inilah pesanan ALLAH..supaya sentiasa d gerakkan hati utk sentiasa mengingatiNYA..

inilah dari TUHAN kita..moga ALLAH menjadi benteng pelindung buat kita dari hasutan dan bisikan syaitan jahannam la'natuhu..

sahabat2..tahu x ape itu ilmu tasawwuf..

mungkin intizaar yg cetek ilmunya ini x mmpu utk membahaskan ilmu itu d sini..

sekadar berkongsi ilmu dgn sahabat...

ilmu tasawwuf merupakan ilmu utk mengenal ALLAH..utk mendekatkan diri hamba dgn TUANnya..jika d singkap balik..jauhnya taraf hamba utk ke arah TUANnya..

namun..jika bukan dengan cara ini..bagaimana seorg hamba dpt mengenal TUANnya..sedangkan hamba peranannya mengabdikan dan melakukan sesuatu atas kehendak TUANnya..

dekatilah ilmu TASAWUF..pencetus gerakan hati mencapai makna MA'RIFATULLAH (MENGENALI ALLAH)..


syeikh DAHLAN ALKADIRI dalam kitabnya "SIRAJ AL TALIBIN"..bahawasanya mempelajari ilmu TASAWWUF adalah wajib hukumnya..


sahabat2,TUAN kita yg bernama ALLAH itu dekat..lebih dekat dari urat leher kita..

TUAN kita pernah berfirman.."dan KAMI lebih dekat dr urat lehernya"..surah qaff : 16


sahabat2 kene usaha cari ALLAH..walaubagaimana cara sekalipun..kita akan kembali kpd TUAN kita..

sahabat2..jgn harapkan amalan semata utk dapat redha TUAN kita mahupun syurgaNYA..

sbb tanggapan ni bercanggah dengan hadis PENGHULU kita RASULULLAH S.A.W..

yg bermaksud..


drp JABIR R.A. bahawasanya RASULULLAH S.A.W. pernah bersabda "bukan amal seseorang yang memasukkannya ke syurga..mahupun melepaskannya dr neraka..termasuk juga aku(RASULULLAH)..bahkan segalanya hanyalah dr rahmat ALLAH belaka"..

hadis riwayat Muslim..


jd..hadis ini sahih..sbb d riwayatkan oleh imam muslim..

kita hamba2 kene sentiasa berdoa minta ALLAH perteguhkan kita dengan iktikad hati yg sentiasa tertuju ke arah ALLAH...segala perkara krn ALLAH semata..

namun..ini x bermaksud sahabat2 kene tinggal amalan2 soleh kalau beranggapan bahawa amal ibadat ALLAH xkira..

bukan begitu..

amalan merupakan cara2 utk kita mendekati TUAN kita..ALLAH..

kalau tnpa beramal,bagaimana kita nk dekatkan diri dengan ALLAH..

intizaar beri contoh..

kita selalu nak kejayaan cemerlang dalam ape2 jua perkara,,conthnya dalam pelajaran..

yelah..kalau kita x rajin2 pergi sekolah,universiti,kerja..macam mane kita nk dapat ILMU mahupun WANG..

samalah situasi ini..

anggaplah sbg contoh kita nk mengenal ALLAH,,perlukan usaha..

dan usaha itu adalah amalan baik..yg ALLAH dah maklumkan..

spt solat wajib..puasa,sedeqah,berbuat baik,perbaiki akhlak..sbg mana akhlak KETUA kita ..RASULULLAH S.A.W...

jgn takut memulakan langkah..jangan takut mencari yg HAQQ..

jauhilah was2..itu adat perjuangan para syaitan utk hamba2 ALLAH yg ingin berbuat kebaikan..hasad dan was2..!!

inshaALLAH..apabila sahabat2 dah sampai peringkat mengenali ALLAH..sahabat2 tidak akan tertarik kpd dunia..dan itulah hakikat ni'mat yg sbnr..

bukan ni'mat kekayaan..bukan ni'mat pandai dalam pelajaran..bukan ni'mat kecantikan..

tapi..

ni'mat bg seorg hamba mengenali TUANnya adalah ni'mat tiada bandingan..

sahabat2..jangan rase kita dah sempurna tanpa memasuki alam tasawwuf..alam mengenali ALLAH..

kalau kita benar2 rase dh bagus..

mengapa masih ade rase riya'? kenapa masih ade rase dengki? mengapa masih ade rase ingin menunjuk? mengapa masih buat sesuatu krn org lain?mngapa masih ade keinginan belajar krn kerja..bukan krn ALLAH..

itulah dia..sbnrnya kita x jumpe lagi cahaya ALLAH..

dan semua sifat mazmumah d atas tu hanyalah mengundang kecelakaan krn berbuat ssuatu tnpa d perteguhkan niat krn ALLAH..


RASULULLAH pernah bersabda..

"sesungguhnya ALLAH tidak menerima amalan melainkan amalan yg ikhlas krn NYA.."


hmm..berat kan rase..

jangan risau sahabat..jangan bersedih jika rase kuat ujian..

ini bukan bebanan sahabat...ini lambang kasih sayang utk kita..

jom kita hayati ayat ni..


"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan yang sesuai dengan kesanggupannya..dia akan mendapat pahala dr amal baik dan siksa bg amalan jahat"

surah al baqarah : 286..


sahabat..ini pesanan buat intizaar sndiri..

jangan rase terbeban mendekati ALLAH..tanamkan niat ingin mengenali ALLAH..

carilah ilmu banyak2 dalam pengenalan tentang siapakah ALLAH..

ALLAH ini PENCIPTA kita...

kalau kita fikir logik sekalipun..

ALLAH menjaga kita dari kecil..bg makan,minum..turun rezeqi kpd mak ayah kita..dan mak ayah beli makanan utk kita..itu p0n rezeqi dr ALLAH..

sahabat kena ingat..bukan mak ayah yg kasi makan minum ke kita..tp ALLAH..

sampai lah tahap kita skrg..sahabat2 bace entry intizaar ni pun..ALLAH sdg tgk..

malaikat akan melabuhkan sayap ke sahabat2 sbb berusaha mencari entry yg berkaitan pendekatan rohani..

amin...

sahabat2..intizaar hanya ingin menyampaikan..same2 kita berusaha ye..

dan fokus intizaar ingin beritahu bahawa ilmu mengenal ALLAH itu adalah WAJIB hukumnya..

sahabat2 berdoalah kepada ALLAH..

moga d permudahkan utk proses mendekati ALLAH..

dekatilah mereka yg soleh..hampir dengan ALLAH..utk same2 dapat manfaat..

dan carilah guru yg benar2 blh membimbing dalam pembawaan hati ni..jangan semata mata mempelajari tnpa guru..kelak d bimbangi niat x mencapai maksud..moga ALLAH mudahkan..

apapun..hayat kita x lama..skrg ni p0n blh jadi nama kita d lauh mahfuz dah gugur..menanti detik malaikat izrael utk mengutipnya...


semoga ALLAH jaga hati intizaar dan sahabat2 dr segala sifat mazmumah yg mmpu mmbenteng diri dr terjebak dgn nafsu duniawi..


sebelum mengangkat tangan dr keyboard..

intizaar nk berkongsi dengan sahabat antara doa dan puisi mereka yg hampir dengan ALLAH..

dan permulaan mengenali ALLAH adalah dr ilmu TASAWWUF..

inilah dia..

doa WALIYULLAH RABIATUL ADAWIYAH..mencapai maqam tertinggi dalam pengabdian..wallahua'lam...


' TUHANku..

apa saja yg KAU berikan kpdku berkaitan dunia...

maka berilah kpd mereka yg memburunya..

TUHANku..

apa saje kurniaan yg kau berikan kpdku berkaitan akhirat..

berikanlah kpd org2 beriman...

krn aku hanya ingin kasih sayangMU ya ALLAH..

wahai ALLAH..

jika aku beribadah kpd MU krn mengharap syurgaMU..

janganlah ENGKAU masukkan aku kedalamnya..

wahai ALLAH..

jika aku beribadah kpd MU krn takut akan nerakaMU..

maka lemparkanlah aku ke dalamnya..

namun..

jika aku beribadah kpdMU semata2 krn keredhaanMU..

maka janganlah ENGKAU sia2kan daku..."


subhanALLAH..

selamat mencari cinta ALLAH..moga d tunjuki jalanNYA yg lurus..

amin...


::eL Intizaar Mahabbatillah::

:: 07/04/2011 ::

:: khamis ::

:: penghujung musim sejuk d misr ::

Sunday, February 13, 2011

:: wajah batin kita ::



salam kasih sayang wahai hamba2 Allah sekalian..




wajah batin kitaa....


ketika kita berhias diri d hadapan cermin,


Rasulullah S.A.W menganjurkan kita supaya berdoa..




"YA ALLAH,SEMPURNAKANLAH AKHLAKKU SPTMANA KAU SEMPURNAKAN KEJADIANKU.."




secara x langsung doa ini turut mengajar kita bahawa nilai AKHLAK jauh lebih penting dr RUPA PARAS kita..


ini sesuai dengan sabda rasulullah S.A.W




"Allah tdk memandang rupa lahir kamu dan harta kamu ttp Allah memandang hati kamu dan amalan kamu.."


(riwayat muslim dan ahmad)




ini menunjukkan nilai seseorg manusia bukan terletak WAJAH ZAHIRNYA ttp WAJAH BATINNYA..




suka intizaar balikkan setiap apa yg berlaku dalam kehidupan kita..d "relate" kan pesan Allah dan rasul Allah..




ketika manusia d zaman jahiliah..tenggelam dengan plbagai kenikmatan dunia,rasulullah S.A.W menyampaikan peringatan dan amaran drp Allah bahawa kehidupan dunia itu tiada apa2 nilai melainkan hanya benda yg menipu..




benarlah firman Allah dalam surah al hadid ayat ke 20..


"TIDAKLAH KEHIDUPAN DUNIA ITU MELAINKAN MATA BENDA YG MENIPU"




Rasulullah juga memperkukuh ingatan ingatan itu dgn satu metafora melalui sabdanya bermaksud :"


JIKA DUNIA ITU LEBIH BERNILAI D SISI ALLAH MELEBIHI SEHELAI SAYAP NYAMUK,MAKA ALLAH TDK AKAN MMBERI MINUM ORG2 KAFIR WALAUPUN SETEGUK AIR.."


riwayat ibn majah..




hasilnya,org islam dpt manfaatkan kebaikan dunia utk kebaikan akhirat.malah dunia itu penting utk akhirat kita..


jika semasa org islam terasa tertekan dgn kehebatan dan keangkuhan org kafir yg menindas mrk,Allah memujuk mrk melalui firmanNya yg bermaksud ..


' JANGAN KAMU BERASA HINA DAN JANGAN KAMU BERASA TAKUT.KAMU ADALAH TINGGI JIKA KAMU BERTAQWA.."


surah Ali 'Imran 3:139




bukan Allah menegaskan tdk ada bezanya nilai darjat org arab dengan org ajam (org bukan arab) melainkan taqwa yg d milikinya.


firman Allah yg bermaksud..


"SESUNGGUHNYA ORG YG PALING MULIA D KALANGAN KAMU IALAH YG BERTAQWA"


alhujurat 49:13




oleh sbb itu,saidina BILAL BIN RABBAH yg berkulit hitam,berbibir tebal dan berambut kerinting tdk berasa hina diri (INFERIORITY COMPLEX) krn Allah dan rasulNya tlh memuliakannya dgn IMAN & TAQWA..


dengan penuh syukur beliau berkata


"dulu aku hamba,lalu Allah bebaskan aku dengan ISLAM..dulu aku hina,lalu Allah muliakan aku dengan IMAN"




manusia semakin hilang NILAI dlm kehidupan..dunia materialistik melahirkan ramai manusia "PLASTIK"..yg tandus nilai2 murni..


ironinya,d hujung pemburuan..


manusia hanya menemui FATAMORGANA


NILAI yg tidak bermoral....~


wallahua'alam..




:: el Intizaar Mahabbatillah ::


:: 08.15 pm ::


:: ahad ::


:: d tanah airku malaysia ::

Thursday, January 27, 2011

kemuliaan wajah junjungan mulia



kemuliaan wajah itu...

mula menggamit ingatan...

kembali segar menghias iman..


intizaar d kamar lena..

menatap lame skrin komputer riba..

terdetik hati..

utk berkongsi..

kehebatan dZat Allah Rabb Izzah..



bukanlah niat hati intizaar utk menjual rahsia diri..

hanya sekadar bercerita pengalaman..

keindahan saat2 itu..

dan seandainya ada d kalangan anda yg mmpu menafsir..

mahupun kongsi bersama perihal diri..

silakanlah...


suka intizaar mulakan dengan satu hadis...


"Sesiapa yg melihatku dalam mimpinya..maka dia benar2 melihatku..kerana SYAITAN TIDAK DAPAT MENYERUPAI WAJAHKU..dan mimpi seorg mu'min adalah bahagian dr 40 kenabian"

-hadis riwayat BUKHARI-


sebulan d bumi barakah..misr ardhun kinanah..

byk perubahan intizaar lihat dalam diri ini..

banyak cabaran perlu d tempuh sbg seorg mukallaf (org yg bertanggungjwb)..


sehingga bertandang satu malam itu..

malam yg penuh keberkahan..

penuh ketenangan..penuh kesayuan..


ruh mula menerjah keluar dari jasad..

menggerak langkah menuju pinggir dunia..

malam itu..

ia hadir....dalam satu kehidupan yg lain..

bernama MIMPI~~~



intizaar keseorangan..entah menanti ape..

sepertinya menunggu seseorang...

lame d situ..

ternampak satu bayang..

hadir menapak perlahan..

mendekati ke pandangan intizaar..


"assalamualaikum.."


seorang lelaki tua mengucap salam..

kelihatannya berumur dalam lingkungan 50-an..

agak berisi..hadirnya dengan wajah yg d sinari nur....

ntahlaa..

susah utk intizaar perincikan..

kerana detik tu..pandangan intizaar agak kabur..


"wa...alaikum...mussalam..

erm....erm...

pakcik ni sape ye.."


intizaar sndiri x dapat pasti...saat itu diri rase bak kaku sejenak..

ntah kenapa sbbnya..diri sndiri x dapat kepastiannya...


lelaki itu menghampiri..dan datang semakin dekat..

lalu mengungkapkan satu kalimah..

serta merta menyekat pemikiran intizaar dr terus menafsir tntgnya...


pntas beliau membalas..


"ana NABI DAUD a.s...utusan Allah.."


ya Allah.....

intizaar tanpa bicara...terpaku mendengar kalimah "nabi daud a.s.."


apakah insan hebat utusan Allah itu yg datang melawatku dalam mmpi ini......??

apakah..??

benarkah??


"ana hadir..hanya utk menyampaikan..

bahawa seketika nanti..

kamu akan ada tetamu...bersedialah"

ungkap tetamu syurga itu...


intizaar sndiri..

ntahlaa teman2..sememangnya "speechless"..

tanpa kata..

saat itu..intizaar hanya berdiri kaku..hanya mampu menggunakan pancaindera melihat insan hebat itu d depan mata..hati hanya terdetik kalimah2 Allah yg Agung..

memuji..

mengagungkan Dzat Tuhan pencipta Alam..pengutus rasul2 sbg penunjuk kebenaran..


"Allah..erm...

wahai nabi pengutus mulia..

siapakah tetamu itu..khabarkanlah padaku..."

tanya intizaar..


"kamu lihat dan nantilah"

balas baginda a.s..


intizaar menanti..

dan terus menunggu..baginda a.s hilang dari penglihatan..

benar...!!

saat itu intizaar keseorangan..

wallahi..

rase sangat tertanya tanya dan ingin menangis setiap detik..

sayu perasaan itu..hanya Allah yg memberi rasa..

subhanallah...~~


kemudian..

baginda nabi Daud hadir sekali ..

memberitahu...


"pergilah kamu ke muka pintu itu..
buka pintu..

dan lihatlah ...

tetamu itu membawa kemuliaan..

melawatmu dengan kasih sayang...

jangan takut..jangan resah..

beliau junjungan mulia...


dan kekal mulia..
sepanjang zaman..

bagindalah...





RASULULLAH SoLLALLAHU 'ALAIHI WASALLAM.."




ya Allah..!!


berderau darah menyerang aqal..


terase sukar percaya..


rasa seakan akan tanpa logik..


hati tiba2 bermonolog..


siapalah intizaar utk d ra'ikan sebegitu..??


mendapat lawatan dr junjungan mulia...


astaghfirullah..


intizaar hamba faqirah..janggal utk kemuliaan itu...





nabi muhammad??


rasulullah S.A.W..??


nabi akhir zaman itu?


insan kekasih Allah itu??


ciptaan semulia mulia darjat...


ingin melawatku..?


hamba penuh kehinaan ini...???





Allahuakbar...!!


benar intizaar tanpa bicara utk meinterpresi kan perasaan...





tiba2..


terasa..


airmata bergenang serta merta..


lantas mengalir ke pipi..


intizaar terus membuka langkah..


berlari lari anak ke pintu yg lbh kurang 10 meter dr intizaar..


saat kaki terhenti..


tangan mula menggeletar..


menjamah perlahan-lahan tombol pintu..


memutar ia..


15*...30*..60*..90*..


degree pintu di ubah...





"kreeeekk...." suara pintu membingitkan sunyi....





.......................................................................................................





rasulullah...???


hanya sunyi di luar pintu..tiada siapa.....


walaupun satu jasad...


tiada apa2 bayang...


tiada...


tiada...


tiada.......





serta merta...deras airmata mengalir............


daya dari dalam jiwa dan perasaan mengungkap kesedihan...





"rasulullah...!!!


di mana kamu...


di mana...??


janganlah menghilangkan diri..


jangan...jangan...!!


kasihanilah ummatmu ini rasulullah..


muncullah..


muncullah.."


intizaar menjerit menahan satu perasaan..





tiada sahutan....tiada...sunyi...........





"rasulullah..rasulullah...rasulullah...................."


batinku menangis.......





.......................................................................................................................................





tiba2,,,


satu suara bergema d sudut bilik itu..





"rasulullah di sini..kemarilah..kemarilah...d sini"





intizaar tercengang...


mendengar suara itu..lantas menuju ke arahnya..


sambil menghilangkan tanda2 basahnya pipi oleh airmata...


sekali lagi intizaar mengatur langkah ke arah suara itu...


ianya d sudut bilik..yg x berapa jauh dr intizaar...





langkah intizaar berhenti d luar pintu bilik itu...


lalu melangkah masuk perlahan lahan..


tiba2..mata intizaar tertangkap oleh satu keajaiban...





kelihatan 2 insan sedang solat...


imam dan makmum..


dan makmumnye..nabi daud a.s...





agak kabur pandangan imam itu...


intizaar takut..lalu menapak keluar..





menunggu mereka sempurnakan solat...


kemudian...beberapa detik slps itu...


kedua duanya keluar mendekati intizaar...


sekali lagi..tubuh menggeletar..


tak mampu menahan satu perasaan hebat yg sangat takjub..





kelihatan imam itu ke arah intizaar...


subhanallah..dari dekat intizaar lihat...





beliau lengkap berjubah hitam..berserban..


wajahnya..subhanallah..


cahaya nuur sangat menyerlah perwatakannya..


insan ini semestinya seorg yg hebat..


wajah bersih tiada cela..senyuman yg sangat mengakukan pandangan..


berjanggut rapi jagaannya..rambutnya hitam berminyak kemas..


pandangannya sangat mendamaikan..


tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek..sedang2 sahaja..





lantas...


tanpa menanti..intizaar bertanya...


"assalamualaikum...kamu siapa..?"





"waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh...


sayalah tetamu anda..


MUHAMMAD ibn ABDULLAH..


RASULULLAHI S.A.W.."





Allah..~~


subhanallah...sekali lagi speechless...


tiba2 terlintas hadis dalam fikiran intizaar...





"barangsiapa yg bermimpi melihatku..sesungguhnya dia benar2 melihat wajahku..kerana syaitan x dapat menyerupai wajahku.."


hadis riwayat BUKHARI..





INTIZAAR berhenti berbicara..


sangat2 mensyukuri nikmat Allah...


utk ini...


melihat rasulullah adalah satu nikmat paling teragung dalam seluruh hidup ini..


mempunyai kesempatan awal d dunia sebelum bertemu d syurga nun d sana insyaAllah...





kesempatan itu..hanya d isi dengan tangisan..


dan hanya wajah rasulullah menjadi perhatian intizaar saat itu...





namun,semua itu hanya hadir seketika...


rasulullah ingin kembali...d temani nabi daud..


kembali ke tempat asal baginda...


dan kata2 terakhir baginda...


yang masih segar d ingatan intizaar saat ini...





"insyaAllah..kita akan bertemu kembali..


ingatilah Allah selalu.."





intizaar sekali lagi menangis...


x sanggup melepaskan baginda..


rasanya teman2 pun same kan..


baginda insan hebat..


penghulu kita...ummat akhir zaman..


bakal pemberi syafaat utk kita d mahsyar kelak..


yg menangisi perpisahan dgn kita saat permergian baginda ke rahmatullah...





intizaar akhirnya bersuara...





"rasulullah...rasulullah...jangan pergi..


jangan pergi...


kami ummat2mu merinduimu rasulullah..


janganlah pergi...jangan...Allah..~~





airmata deras berlari menitik ke bumi..





rasulullah........................jangan..............per....giiii...........................TT____TT





akhirnya..baginda S.A.W berpaling ke arah intizaar...





kemudian memegang erat tangan intizaar...


lantas membawa intizaar ke pelukan baginda....





SUBAHANALLAH...ALLAHUAKBAR..!!


benar teman2..intizaar tanpa kata..


pelukan itu intizaar masih rase hangatnya...


dan tika itu..intizaar seakan akan x rase jasad baginda..melainkan satu perasaan "zuuuq" yg teramat sangat..hanya rase terserap ketinggian iman baginda rasululullah S.A.W..





dalam dakapan iman dan taqwa rasulullah..rase sangat2 damai dan ketenangan yg x terungkap..


sangat2 x terkata...


airmata membasahi lagi....


suasana sangat2 sayu....~~~





.............................................................................................................................................





intizaar.....


tersedar dr lena...


melihat dunia asal..


membuka mata...


melihat siling bilik.....


jelas....





jelas..





airmata...


membasahi pipi intizaar...





dan dalam ter esak esak..sedarnya intizaar dr mimpi itu...


subhanallah...





itu adalah benar...benar ya Allah..


benar kekasihMu itu hadir dalam mimpi intizaar...


menyemai dakwah utk ummatnya..


mmberi peringatan utk ummatnya...


Allah...~~





pagi itu...


dengan senyuman...


rasa terbayang wajah baginda....


dalam lamunan mahupun sedar..seharian terlintas wajah istimewa itu...


Rasulullah..Khotimul anbiya'...





terima kasih utk memilih intizaar...


walaupun intizaar bukanlah org yg hebat...


benar..intizaar banyak dosa...


terima kasih..kerana pernah meninggalkan memori yg benar2 bermakna buat intizaar...





teman...


percayalah...


rasulullah masih mengingati kita...masih dan masih...


pesanan buat intizaar juga..


jangan tinggal ingat rasulullah...


amalkan selawat 10 kali sebelum tidur..


free2,bacalah matsurat..


percayalah..


rasulullah dekat je ngan kita...


baginda masih ingat kita ..walau kita sering terleka utk mengingati baginda...





demi Allah..


ini satu kisah diri intizaar...tiada tipu mahupun dusta..


insyaAllah semuanya benar dari mimpi intizaar...


bukan ingin menonjolkan kisah diri..


cuma sekadar perkongsian...


utk sama2 kita sedar..


bahawa rasulullah insan teragung itu..masih mengingati kita...insan yg tersangat hina d taraf hamba...





insyaAllah..percaya dan yakinlah..anda akan dapat bertemu baginda..


dengan syarat yakin..dan teruskan keyakinan itu..


walaupun bukan sekarang..


insyaAllah nanti..saat itu pasti akan tiba..


percayalah..


tidak d dunia..


pasti ketemu jua d Syurga nak abadi..





selamilah satu hadis ini..





"drp Anas r.a..Rasulullah S.A.W bersabda..





3 perkara yg barangsiapa mempunyainya..lantas mereka akan merasai kemanisan iman..





1 .seseorg yg menjadikan Allah dan Rasulnya sbg yg paling d cintai..


2 .tidak menjadikan seseorg d cintai melainkan kedua duanya..


3 .membenci kekufuran sebagaiman dia takut utk d campak ke neraka.."





-hadis riwayat Bukhari dan Muslim-





semoga sentiasa dalam rahmat Allah...


cintailah Rasulullah..jangan lupa selawat..








insan faqirah..





::el Intizaar Mahabbatillah::


:: 27/1/2011 ::


:: Thursday ::


:: 1100 pm ::


:: musim sejuk d Misr ::
 
© 2009 | InTiZaaR | Por Templates para Você | This template is brought to you by : allblogtools.com