Tuesday, June 12, 2012

mengalah dalam Harapan

    

      
      

        Tengah hari itu,bandaraya kota bharu mula sesak.jam sudah menghampiri 1 petang.motosikal pun tidak kurangnya memecut selaju motokar.waktu begini biasanya ibu bapa mula menggerak langkah mengambil anak2 pulang dari sekolah.ada yang datang awal,mengelak dari sesak teruk dalam perjalanan.ada juga yang lengah,mungkin sibuk menyiapkan keperluan anak-anak yang lainnya di rumah.
  
    Di stesen bas kota bharu adalah tempat paling sibuk,dengan tambahan asap bas yang baunya kurang menyenangkan,Mila bertukar tukar barang ditangannya untuk diganti sebagai pengibas.kadang-kadang diambil buku,kadang-kadang hujung tudungnya,dikibas berselang seli bagi mengelak asap ekzos kenderaan menyedut masuk ke hidungnya.
sambil disibukkan dengan suhu panas membahang itu,terdengar namanya dipanggil..

'mila..!'

sepertinya suara itu pernah disimpan dalam kotak memori Mila.Dia memalingkan kepala,sukar untuk menuju arah suara itu,kerana gangguan hon dan enjin kereta-kereta yang sangat membingitkan.

'mila..' bahunya ditepuk.
'eh kau..Lisa'.. kotak memori Mila sudah menafsir simpanannya..
'subhanallah..rindunya kat kau Mila.lama kita tak jumpa'

mereka berpelukan tanpa sempat Mila membalas kata-kata Lisa.mungkin kerana terlalu rindu.pelukan mesra.bagai cincin yang hilang permatanya.bila bertemu,orang sekeliling pun tersenyum dengan pertemuan itu.

Mila dan Lisa sudah lama berteman rapat,seawal tingkatan tiga.Dan sekarang mereka sudah di alam universiti.Namun mereka berpisah kerana Mila terpilih mengikuti jurusan kedoktoran di Indonesia,manakala Lisa pula senang memilih jurusan bahasa di universiti tempatan.

'bila kau balik,Mila? tanya Lisa teruja.

'minggu lepas.Aku cuti dalam 2 bulan.maaf handphone aku hilang masa di Indonesia,dan aku memang loss contact dengan kawan lama'

'ooh i see.takpe,alhamdulillah Allah pertemukan kita disini.aku sangat rindu kau Mila'

'aku pun rindu kau.lagipun kau takde FB.susah aku nak PM kau'

'aku malaslah nak sibukkan diri dengan FB.'

kemudian tangan Mila digenggam erat oleh Lisa.

'jom kita masuk Parkson Mall depan tu.Mesti kau teruja,yelah,sebelum kau pergi Indonesia tu,mall ni belum siap'
'waahh,besarnya..! teruja aku tau masa sampai stesen bas tadi,ralit je tengok mall ni,aku memang berteka teki juga nak masuk sebelum kau datang tadi.dah sekarang kau ajak,jom..!' Mila menyambut mesra ajakan Lisa

mereka melintas jalan melawan arus sesak kenderaan.Di dalam mall Parkson damai je suasana,tiada lagi pencemaran bunyi,Lisa membeli 2 buah milk shakes.mereka duduk di kerusi berdekatan meja makan di kedai tu.
sambil mengacau-ngacau buih shakes dengan straw,
'kau ape cerita sekarang?' tanya Mila ingin tahu perkembangan sahabat baiknya
'aku?'
'yelah..takkan pakcik berjanggut belakang kau tu'
mereka gelak.
'aku..alhamdulillah,Allah mudahkan urusan aku.sejak aku ambil jurusan bahasa ni.aku mendalami bahasa arab dengan mudahnya.Dan peperiksaan baru ni.alhamdulillah,aku dapat 4 flat.syukur' ujar Lisa

'wahh,,kau dapat 4 flat?? hebatnya.untunglah kau'

'eleh,kau apa kurangnya Mila.nanti kau jadi doktor nanti,lagi hebat dari aku'

'erm..' mila seperti berfikir panjang

'kenapa Mila? kau ok ke.' tanya Lisa perlahan-lahan merendahkan kepalanya mengintai Lisa yang mula menunduk.

'kau lain Lisa.jurusan kau ambil tu jurusan yang kau suka,yang kau minat,yang kau idam-idam dari zaman sekolah.tapi aku...memang kau nampak gah je aku ambil medic,tapi dalam lubuk hati aku,aku sakit,aku tak dapat follow up dengan pengajian aku.aku kadang-kadang tak dapat fokus dengannya.entahlah,aku cuba untuk meminati pilihan kedua ibu bapa aku ni.tapi,apalah dayaku,aku memang tak mampu' ayat Mila seakan-akan mula berserak.menahan sebak.

'aku faham Mila...bersabar ye'

'minat aku macam kau..aku nak terus dalam dunia pengajian bahasa arab.aku nak jadi ustazah.kau pun tahu kan result Bahasa Arab Tinggi aku cemerlang dari kau dalam kelas.tapi sekarang,aku tak dapat sambung pengajian aku,aku nak dalami ilmu adab dan nusus,ilmu syair.tapi,akhirnya..beginilah aku'

'Lisa,aku cuba nak bahagiakan mak ayah aku,tapi lepas aku tak mampu bagi result cemerlang pada mereka,mereka kecewa dengan aku,aku tak salahkan mereka,sebab mereka yang tanggung aku beribu-ribu ringgit untuk sampai ke Indonesia tu.yelah,aku pergi ni secara persendirian,bukan tajaan Kerajaan.' 
sebak Mila mula membuahkan air yang keluar dari kelopak matanya.

'Mila.....maafkan aku,aku tak berniat nak melukakan hati kau..aku tak tahu yang minat kau macam aku.maafkan aku Mila'.. harap Lisa sambil turut mengecilkan hujung tudung labuhnya dan mengelap matanya yang turut kebasahan.
'kau tak salah kawan.takpelah,kau doakan aku ye.biar aku terus kuat' pinta Mila sambil memgang erat tangan sahabatnya itu

'inshaAllah Mila'

Lisa sememangnya seorang sahabat yang baik,Mila pun sama.Mereka digelar "belangkas" di zaman sekolah mereka kerana selalu bersama.Lisa sering dipilih orang atasan untuk dilantik jawatan tertinggi khususnya dalam badan dakwah.Dia juga ketua pelajar pada tahun akhir pengajiannya.tetapi disebalik kekuatan Lisa,sering Mila berada di sisi.Namun nasib Mila tidaklah sebahagia Lisa,pengaruhnya tidak sekuat temannya,sering juga tersisih kerana kurang sosialnya bersama kawan-kawan yang lain.dia lebih cenderung dalam subjek bahasa arab,kerana minatnya sangat mendalam akannya,Dan dia sering berusaha untuk terlibat dalam debat bahasa arab anjuran sekolah.

'apa lagi cerita kau ?'  tanya Mila cuba merawat lukanya

Lisa hanya mengukir senyuman

'kenapa pula ni.senyum je..ada apa-apa ek'

'takdelah,alang-alang kau dah tanya,aku bagitahulah.'

'apa dia?'

'inshaAllah,20 haribulan depan,aku bakal mendirikan rumah tangga.' ujar Lisa malu-malu

'ooh yeke..?! alhamdulillah..ya Allah..kawan aku nak kahwin..sukanya aku..orang mane tu Lisa?'

'orang Maahad Muhammadi Lelaki' jawab Lisa,mukanya sudah kemerah-merahan.

'aduh,aku ingat lagi pesan cikgu Atikah saban hari,dia kata budak maahad perempuan ni,bila datang sekolah je nak kasi kad kahwin kat cikgu,mesti takde orang lain pasangannya,mesti maahad muhammadi lelaki' usik Mila sambil mengukir senyuman,

'aku tak minta..dah jodoh kan..hihi' 

'ye aku tahu.aku suka sangat..sape orangnya tu' tanya Mila ingin tahu

Lisa mengambil sesuatu dari tas tangan hitamnya,mukanya semakin merah.Lisa pemalu orangnya.

'ni kad jemputan aku'

Mila membuka sampulnya dengan penuh debaran.Debaran yang jarang dirasakannya,yelah,kawan baik ingin mendirikan rumah tangga.bukannya selalu dirasakan kehangatannya.
kad itu dibuka perlahan,matanya berlari -lari ingin mencari garisan nama bakal suami sahabatnya itu..
akhirnya terfokus jua..

"Jemputan Ke Majlis Kesyukuran

Syed Muhammad Hafiz bin Syed Hassan
Syarifah Nurlisa bt Syed Akramin
 
'hafiz??'  tiba-tiba nama itu berjalan laju di atas lidah Mila.
'hafiz,anak Pak Syed YB cawangan Kota Bharu? sambung Mila
'ye..inshaAllah,dialah orangnya' jawab Lisa ringkas

'kenapa Mila..kau kenal ke orangnya?'

'ooohh,emmm..tak..aku tak kenal'

Mila cuba melawan kehendak hatinya.menafikan simpanan memorinya.cuba membuang kebenaran hatinya.
padahal nama insan itulah satu-satunya ukiran yang lama tertarah di qalbunya.Setelah lama diusahakan untuk mengaburkan ukiran itu,ia kembali berdarah dek gantian tarahan pisau yang dulu hanyalah tarahan ilusi sahaja,

Hafiz,teruna sebaya Mila dan Lisa itu,pemilik hafazan al quran 30 juzuk,berkulit cerah dan sering memakai isbal (berjubah),pernah menjadi tunang Mila,namun hanya sekejap,kerana hasutan keluarga Hafiz yang inginkan pasangan Hafiz berasal dari keturunan yang sama,iaitu 'Syarifah'.

hanya kerana nama,Mila di buang begitu saja,dianggap perosak keluarga besar Syed Muhammad Hafiz.
bagi mereka,menjaga keturunan mereka lebih dianggap baik dari menjaga hati yang sudah bersatu kerana agama.tidak ada masalah bagi Hafiz yang memandang Mila mempunyai agama yang baik,tetapi masalah bagi keluarganya.

terbayang akan Mila saat kali kedua Mila mengajak Hafiz kerumahnya,Ketika itu mereka masih bertunang,namun tiba-tiba sahaja,Mila dan keluarganya diberi utusan untuk memutuskan ikatan suci pertunangan.

hanya beralasan untuk menjaga keturunan,mereka berdua terpaksa mengikut kehendak ayah dan ibu Hafiz.
air mata bagai keringat mengalir meredah sebak jiwa Mila.Suasana pilu jelas tergambar tika itu.Hanya pandangan terakhir menjadi saksi cinta mereka.mata Mila menjadi kabur dek air yang memenuhi matanya,melepas bekas tunangnya yang dikenali sejak sekolah itu,benar-benar menyakitkan.Mata Hafiz juga seperti melihat-lihat ke atas cuba menyekang air dari matanya mengalir,kemudian dia mencipta langkah awal keluar dari rumah Mila,mungkin terlalu sebak.

'mila....milaaa...' bahu Mila dicuit
'kau ok Mila' tanya Lisa hairan melihat raut wajah Mila yang mengelamun

'ehh..errr... oo.........aku ok Lisa..maaf tadi aku tiba-tiba teringat mak ayah aku' hati Mila menyembunyi fitrah jiwanya..

Lisa tahu yang Mila pernah bertunang..tetapi Mila merahsiakan nama tunangnya.kerana dia benar-benar memegang prinsip bahawa nama tunang perlu dirahsiakan,

'risau aku,ingat ke ape lah tadi' ujar Lisa lega
'kenapa? kau nak balik dah ke.tiba-tiba fikir mak ayah kau ni?' sambung Lisa

'takdelah.aku cuma bangga dapat kawan macam kau,yang menjaga diri kau sejak awal remaja lagi,kau tak macam aku,aku pernah couple,berapa kali aku masuk gaung couple,tetapi aku tak dapat apa-apa hasil dari semua tu.hati aku remuk dalam alam couple,sehingga aku fikir aku sudah selamat di alam pertunanganku,namun aku silap,pertunangan jua mempunyai ranjaunya sendiri.' luah Mila rasa hatinya

'sahabatku,aku setia dengan kau.inshaAllah,Allah tidak akan menzalimi hambaNya,aku pasti kau gadis terhebat,kerana kau kuat diuji.aku cemburu dengan kau,walau aku dijaga dari kecil,tapi aku beruntung dapat kawan yang disayangiNya.aku sendiri belum pasti nasib aku macam mana.tapi yang aku pasti,kau sudah berjaya melalui ujian hidup kau.moga kau terus kekal dalam jalan perubahan.' Lisa senyum memberi kekuatan kepada Mila.Mereka berpelukan.

hari perkahwinan Lisa menjelang tiba,hati Mila berdebar-debar untuk meneruskan hasrat hatinya untuk ke majlis Lisa atau tidak.akhirnya,diteruskan jua kerana Lisa benar-benar sahabatnya didunia dan akhirat,
majlis berlangsung dengan meriah dan sederhana,mengikut adab islam sebaiknya,tiada pelamin,tiada upacara merenjis air mawar dan sebagainya,tiada nyanyian yang melaghakan.
sungguh cantik Lisa berbusana pengantin disulami indah tudung labuhnya yang berwarna krim.
Mila juga tidak kurang manisnya,menjadi penguat jiwa Lisa.

sejak keberadaan Mila disitu,dia cuba untuk tidak bertembung mata dengan pengantin lelaki,bimbang jiwanya menderhakai Lisa.Dia cuba menjaga hati,cukup untuk memenuhi jemputan temannya itu.

Mila yang ketika itu membetulkan selendang pengantin Lisa,tiba-tiba terdengar..
'pengantin lelaki nak masuk bilik ni.untuk sesi bergambar' bisik makcik Jah kepada mak Lisa,

'ermm sayangku Lisa,aku balik dulu,aku ada hal tiba-tiba'  pinta Mila cuba untuk mengelak

'Mila,tunggu lah dulu,kau tak tengok lagi suami aku'

'takpelah Lisa.aku dah kenal dia.aku doakan kau bahagia sehingga ke syurga' bisik Mila di telinga Lisa dan kemudian menicum pipinya.

Lisa tercengang dengan suasana itu.

'err,,,,Milaa...Milaaa'  teriak Lisa memanggil Mila yang mula menjarak langkah darinya.

pantas kaki Mila menuruni tangga dari tingkat dua.bergegas laju bimbang berselisih dengan orang yang pernah bersembunyi di hatinya.
gerak kaki nya semakin pantas..

usai meragut tas tangannya di atas meja dapur,
kemudian..

'Mila..?  Sayyeda Syamila Khadeeja? "

darah Mila berlari laju.berganda pecutannya. kotak fikirannya cuba meraba-raba ruangan minda..mencari suara garau yang seakan dikenalinya..

Mila memalingkan wajahnya ke arah suara itu.

'Haaafiiizzzz'....  berderau air mengalir,basah pipinya...

segala memori mula berterbangan dalam alam kenangannya.Hafiz tampan dengan isbal nya yang berwarna putih suci,bersesuaian dengan wajahnya yang putih dan berjambang.Mila tertunduk setelah ralit melihat Hafiz yang sekian lama menjarak wajah dari matanya,Dia tertunduk hanya kerana satu sebab...
kerana... kerana Hafiz bukan lagi miliknya,tetapi milik sahabat baiknya..

tanpa berfikir lagi,Mila kemudian membuka langkahnya, memintas Hafiz..

saat bahunya berselisih,
dengan sepenuh hati Mila bersuara,
memejamkan matanya..

'Mila doakan Hafiz dan Lisa kekal sampai syurga'
 "Selamat pengantin baru Syed Muhammad Hafiz..."  mengalir airmata Mila membasahi dagunya..

rumah itu tinggal kenangan dan sejarah mendalam di hati Mila..
dan kini Mila kembali ke Indonesia..cuba memperbaharui niatnya..untuk belajar kerana Allah,dan bukan lagi paksaan..
dan hatinya kini kosong untuk mana-mana cinta,dan cuba di isi dengan Cinta Yang Esa
dia cuba,cuba dan terus mencuba......

[hanya sebuah cerita..tiada kena mengena dengan jiwa penulis..=) ]

:: El Intizaar Mahabbatilah :: 
:: Musim Panas Mesir ::
       12 June 2012

Saturday, March 17, 2012

Penantian


'ayah,kehidupan ni selalu tak memihak dengan apa yg kita nak...' sapa anak sayu.

sambil ayah membaringkan badannya di pelepah kelapa...
membalas..

'inilah kehidupan anakku,dalam paksa atau rela..

kita tiada pilihan..

'jgn pernah sedih jika impian x tercapai,jgn terburu menuju cita2 yg sukar,dan jgn bersedih jika tiada harapan yg tinggal..krn meskipun semua meninggalkanmu,tetap dan kekal ada yg masih membantumu,menggerakkan hatimu utk terus mengingatiNya..

teruskan semangat...jgn pernah mengalah ye'..
sambung ayah



lalu si ayah melafaz puisi di bibirnya..

aku keletihan 'memandang' Ilahi,

krn ma'rifat itu terlalu tinggi,
lalu kucuba mencari pelangi,
dan aku dapati,
pelangi hilang tersembunyi,
mungkin ku perlu menanti mentari.
tatkala gerimis menuruni,

aku cuba ke hujung dunia,
mungkin ada sedikit pesona,
walaupun seketika,
cukuplah hanya sisa cinta,
yg dulunya mekar bersama,
Tuhan yg Esa..

aku mencari dalam sunyi,
jejak kaki yg sering menapak,
perlahan lahan di dalam hati,
moga tinggalannya masih ternampak..

aku cuba jelajahi cinta Ilahi,
terkadang rase sukar memikulnya,
lalu aku memujuk hati,
utk bersabar melihat wajahNya,
jika hr nie bukan kewalian ku miliki,
semoga esok kesufian sebagai gantinya...

hati perindu ALLAH sukar dibayangkan..
betapa derita,betapa dalamnya tertusuk lembing rindu..
dia tidak menginginkan sbarang gantian dalam ibadahnya...
baik syurga,bidadari mahupun segala kenikmatan di dalamnya...
dalam kehidupannya,tiada terlintas utk beribadah selain dari Tuhannya..

dalam dunia jalannya seperti merangkak,bongkoknya tiada...
kekal lah dia menderita..krn hanya wajah ALLAH yg ditunggu..

si ayah fakir tersenyum dalam redha..sambil mengusap kepala anaknya yg terlena di bawah pelepah kelapa..yg kebasahan itu..

:: intizaar el mahabbatillah ::

:: sayyidul ayyam 30/3/12 ::

Thursday, January 5, 2012

ketabahan al faqir


bergetar tubuh menongkah angin musim sejuk,tangan dan kaki bagai terselam dalam himpunan ais..suhu mencecah 9'c itu mula mengaktifkan sel2 minda untuk mencapai sebanyak mana pakaian tebal..
kelihatan seorang pakcik tua sekitar 70-an duduk di simpang kaki lima menahan kesejukan..tangan yang berkedut seribu itu terus menerus menebar luas..mengharap simpati dari saudara seislam yang lain untuk menghulur sedikit bantuan..
pakcik itu mengalami permasalahan pada urat sarafnya..menyebabkan dia seperti lumpuh separuh badan,geraknya memerlukan lebihan tenaga,tidak seperti kita yang normal..
dalam perjalanan itu,Intizaar berada jauh memandang pakcik tua itu..dia seperti sudah kalis dengan suhu yang berganda sejuknya..
hanya matanya yang kemerahan menandakan bahawa dia tidak mampu menanggung suhu sebegitu dengan hanya sehelai jubah lusuh..
mashaALLAH..
namun setiap kali rezeqi sampai ke tangannya,lisannya melafazkan kesyukuran,turut mendoakan kesejahteraan kepada si pemberi sedeqah itu..
jauh menerjah dari kotak minda Intizaar,begitu hebat ketabahan seorang lelaki tua yang sebaya datuk Intizaar ini..
Intizaar tidak ingin persoalkan perihal dia seorang peminta sedeqah,namun sebenarnya dialah juara..
kenapa Intizaar kata begitu?krn lelaki sebegini berusia,malah lumpuh sebahagian badan,kuat dalam mengharungi kehidupan menghadapi suasana yg sebegitu sejuk saat itu..
pada suatu hari yang lain,Intizaar dan teman2 keluar ke bandar Mesir..suasana pada waktu malam sangat meriah..bermandikan sinaran cahaya..begitulah Mesir dikenali..namun,dalam keseronokan itu,tiba2 terdengar teriakan..

"laaa'..!! ana mush khoti'" (tak..saya x salah)..budak perempuan yang dalam 9 tahun itu bersuara membela diri..wajahnya sangat ketakutan..

"uskut..!!" (diam) tengking seorang perempuan dewasa..


"paaappp..!!"
pukulan dikenakan pada badan budak perempuan itu.. wajah perempuan dewasa itu semakin bengis sambil mengheret rambut budak itu dan berkali kali memukulnya dengan dawai besi...

"PAAAPPP...!!" sekali lagi hayunan dawai besi singgah ke tubuh kanak2 itu..


"ana mush khoti'...ana mush khoti' " berkali kali ayat yang sama di ulang kanak-kanak kecil itu..

tangisan dan rayuannya tidak juga mampu melembutkan perasaan perempuan bengis itu..Intizaar dari jauh melihatnya..juga ramai orang yang lalu lalang di situ memerhati..ada juga seorang dua yang beranikan diri untuk menegur,namun tidak juga di endahkan..
sepertinya perempuan itu kakak kepada budak tadi.. mungkin budak itu tidak dapat mengumpul wang seperti yang dijangkakan,lalu kakaknya memukulnya tanpa belas..
hanya ALLAH yang tahu apakah sebenarnya yang berlaku..




seketika itu,gadis dan budak perempuan mula beransur dari pandangan Intizaar,
dan....
tiada dapat dijangka apakah nasib budak itu seterusnya...

serta merta meninggalkan Intizaar sebuah persoalan.....
apakah kehidupan seorang gadis kecil,akan tamat hidupnya seperti ini..sampai ke akhir hayatnya??
tanpa pendidikan,tanpa kasih sayang,tanpa penjagaan yang rapi,dan tanpa penginapan...

inilah Mesirku..kuota peminta sedeqah adalah dominan..jika kita lihat di kaki lima,sangat ramai golongan yang memerlukan..
mengingatkan Intizaar tentang kisah Rabi'atul Adawiyah tatkala dia makan malam bersama keluarganya yang dhaif lagi miskin..

'ayah,makanan yang sedikit ini lebih baik untuk kita..asalkan ianya halal'..jelas Rabi'ah


ayah Rabi'ah sangat kagum akan anaknya lalu bertanya satu soalan.. 'wahai anakku Rabi'ah,seandainya di rumah kita tiada makanan dan tinggal hanya makanan yang haram..apa yang patut kita lakukan? soal ayahnya

'wahai ayahku,lebih baik kita bersabar untuk berlapar seketika di dunia,daripada kita bersabar menanggung azab neraka Allah di akhirat...' jawab Rabi'ah...



lihatlah,betapa golongan miskin ini ALLAH muliakan...
cuba kita perhati surah adduha ayat 10 : 'dan terhadap orang yang meminta minta,janganlah engkau mengherdiknya'
sebenarnya golongan faqir miskin ini,boleh jadi mereka dari kalangan wali2 ALLAH,mereka meletakkan diri mereka di tempat yang hina semata mata ingin menjatuhkan egonya di kalangan masyarakat..mereka meminta sedeqah untuk diberikan kepada mereka yang lebih layak..
kita tidak tahu apa tujuan mereka yang sebenarnya kerana kita tidak mampu membaca jiwa mereka..boleh jadi mereka hina di pandangan manusia,namun jauh lebih mulia di pandangan ALLAH..siapa kita untuk menilai...
kasihilah golongan miskin kerana perihal mereka disebut oleh Rasulullah sendiri..

"Diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Ketika aku berdiri di hadapan pintu Syurga ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah dari kalangan orang-orang miskin. Aku juga melihat para pembesar sedang ditahan kecuali penghuni Neraka, di mana mereka diarahkan terus pergi ke Neraka. Ketika aku berdiri di hadapan pintu Neraka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya adalah kaum wanita."


kasihilah mereka,jangan dicela..
seandainya dicela,boleh jadi kita sebenarnya yang lebih hina..
jika tidak dipandangan manusia,hanya ALLAH menilainya..
boleh jadi pengemis itu bukan seperti kita sangka,
mereka wali ALLAH yang berlindung dengan fitnah dunia..
dan hanya mengharap bertemu ALLAH...
dan memandang wajahNya di Syurga....

:: intizaar El mahabbatillah :: :: 6/1/2012 :: :: musim sejuk di Misr ::

Wednesday, October 5, 2011

izinkanku bertemankan Rabi'ah..




desir angin mengusap lembut pipi Intizaar..
berkali jua merpati dari kaki langit singgah d anjung sutuh..
mengintai intai sayup wajah intizaar..
mungkin tertanya tanya akan merpati..
apakah yg dilamunkannya? sehingga hebatnya jiwa yg tanpa bicara,
mampu mengalirkan airmata intizaar..
novel Rabi'atul Adawiyah 'perindu cinta Abadi' karya Zahiruddin Zabidi baharu sahaja dikhatamkan..
berkali kali cinta Rabi'ah dirasakan hangat dalam jiwa Intizaar..
setiap bab demi bab kisah Rabi'ah dihayati dengan khusyuk..
sehingga airmata sudah lagi tidak mampu menyekang rindu..
jiwa Rabi'ah adalah satu..jiwa yg satu tiada dua..
jiwa yg bersatu dengan ALLAH..sehingga tiada tempat buat insan bertakhta beradu d jiwanya..
selama 80 tahun hayatnya..
Rabiatul adawiyah adalah serikandi pilihan ALLAH..yg hanya mengenali Tuhannya..

“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain
Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada
penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah
ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”
begitulah kalam hikmah Rabiatul Adawiyah..

beliau tidaklah seperti wanita2 lain..
yg mengharap belas ihsan kasih manusia..menanti nanti kehadiran pasangan hidupnya..
perasaan itu tiada dalam kamus hidup Rabi'ah..kasih dan cinta pd manusia hanyalah sandiwara dan kebahagiaan yg sementara..kerana jiwanya sudah penuh dengan cinta ILAHI..

sehingga beliau mampu mengungkapkan,

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan.
Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik
Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

'siapakah Rabiatul Adawiyah? hebatnya anugerah ALLAH yg dikurniakan padanya?'
hati Intizaar bermonolog sepi..

kadang2,
Intizaar bagaikan bersatu dengan Rabi'ah..
saat mengingati ALLAH..
pernah dirasakan Rabi'ah turut menyertai..
dekatnya hati kekasih ini mengingati setia akan Kekasihnya..


sejenak itu...
dalam lamunan yg tenang...
nama Intizaar terpanggil..

'Intizaar,lekas ke dapur..kita masak tengah hari,nanti walid dan abang2 balik nak makan..'
ummi menyapa dengan senyuman..

intizaar bingkas bangun dari bangku lalu memandang sejenak akan novel Rabiatul Adawiyah sambil mengusap airmata dek kerinduan yg sejenak..
sang merpati dari sutuh juga mula melayangkan diri..harapan mencari sesuap rezeqi utk warisnya..
sudah lama jiwa Intizaar ingin bersama Rabi'ah..
ingin berusaha menguzlah diri dari masyarakat..ingin mengikuti pengajian tasawwuf di pondok2..
ingin bersama mereka dalam dunia pembersihan hati dan istiqamah akannya..
namun,setiap kali diri meluahkan hasrat hati,
tika itu lah jua berbagai halangan didapati....

'ummi,apa pendapat ummi jika Intizaar masuk kelas pondok?
intizaar nak jadi macam Rabiatul Adawiyah..
Intizaar benar2 ingin mengenali jiwanya..
mengenali keyaqinannya..Intizaar ingin semakin rapat dengan ALLAH..'
suara qalbu intizaar disuarakan..

'Intizaar nak jadi macam Rabi'atul Adawiyah? Rabi'ah x kahwin..
tapi ummi nak cucu..kalau x kahwin,macam mane ummi nak dapat cucu nanti..'
balas ummi bercanda..

kemudian menyambung bicara dengan lebih serius..
'Intizaar anakku,benar itu hasrat Intizaar,tapi ia tidak sama dengan hasrat ummi dan abi..ummi dan abi berkorban banyak utk Intizaar dari segi kewangan utk Intizaar sambung belajar ke Mesir..
peluang Intizaar cerah utk menjadi Doktor..result tahun nie pun alhamdulillah Intizaar cemerlang..
bukan ke impian Intizaar untuk menjadi Pakar Sakit Puan kan?
Intizaar kan berlatar belakang sekolah agama arab..
kukuhkan yg asas dulu..
inshaALLAH nanti ALLAH bg jalan lain asbab mengembirakan ibu bapa..
bukan begitu anakku?

penerangan ummi jelas menyentuh sanubari Intizaar...Intizaar faham akan maksud ummi..Redha ALLAH terletak pd redha kedua ibu bapa..
adapun Rabi'ah,
sedari kecil lagi merupakan yatim piatu..redha ibu bapa sudah terlepas dari tanggungjawabnya..
Intizaar hanya mampu berdiam diri..tiada kata2 yg mampu menafsirkan perasaan ketika itu..
hanya terdetik dalam sunyi..

'Ya Allah,apakah kehidupanku tidak dapat diteruskan dalam mendalami ilmuMu secara mendalam..aku tidak dibenarkan untuk ke pondok..aku hanya bimbang seandainya kehidupan di alam medic akan berterusan melalaikanku dalam diam..'
Intizaar ibarat tidak sedar dalam dunia Rabi'ah..jauh melayang ingatkan ALLAH..
dan ni'matnya tiadalah terbayang akan bicara..
zauq nya ibarat menikmati buah yg manis..
tiadalah terlafaz akan lazatnya..melainkan bila dirasai sendiri..
dalam perjalanan yang panjang,
pernah Intizaar bertekad untuk tidak jatuh cinta pada mana2 insan..dan setia dalam alam Rabi'ah yg mencintai ALLAH..
namun,ternyata Intizaar di uji akannya..
dan sedarlah Intizaar bahawa diri ini tidaklah selayak Rabi'ah yg bertahun tahun mengabdi akan Tuhannya..tiada sebanding dan sememangnya tidak terbanding..
maka tibalah waktunya..ALLAH taqdirkan untuk Intizaar menghayati maksud hadits ini..

Sabda Rasulullah saw:
"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.."

itulah syariat dari ALLAH untuk ummat Nabi Muhammad..
sebagai panduan dalam jalan yang diredhai ALLAH..
begitulah..
walau jauh sekali untuk Intizaar sampai tahap pengharapan Rabi'ah terhadap ALLAH..
namun,moga2 ALLAH tidak menghalangku untuk setia menyintaiNya walau jasad kini bakal dimiliki hamba ALLAH jua..

kini..Intizaar sudah dimiliki zahirnya..
menjadi tunang orang yang soleh inshaALLAH..
begitulah kehidupan dunia..
ALLAH sudah menetapkan yang terbaik bagi kita..walaupun dalam masa yg sama kita inginkan yang lain...
ALLAH yg Maha Baik telah berfirman :

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”

ayat ini jelas bahawa ALLAH berkuasa mutlak menentukan keadaan hal ehwal yg sesuai dengan kita..
harapan Intizaar agar hati ini bisa benar2 terpaut pada cinta ALLAH..
biarpun perlu melalui suasana dunia kedoktoran dan bakal menjengah ke alam perkahwinan..
inshaALLAH..


namun,
impian Intizaar buat ummi,walid dan tunang Intizaar..
seandainya hasrat hati kalian tercapai atas usaha yg ALLAH bekalkan untuk Intizaar ini,
maka suatu hari nanti,janganlah kalian menghalang untuk Intizaar benar2 bersama dengan kekasih sebenar Intizaar...
yakni RABIATUL ADAWIYAH..sesudah ALLAH dan RASULNYA..

ya ALLAH,mahligaikanlah jiwa pencintaMu dalam taman yang Engkau Redha..
iaitu taman para perindu dalam pengharapan untuk tenggelam dalam lautan cintaMu..

alhamdulillah..
lena malam itu penuh dengan ketenangan..

kembara Intizaar di alam mimpi,
dijulang terbang sepasang sayap,
tersedia taman tanpa sepi,
indahnya bicara tiada terucap..

Rabi'ah hadir d alam mimpi,
tangannya lembut bak bidadari,
menyapa tangan si pacal ini,
membawa terbang ke alam jannati..

Rabi'ah,engkau rapat dengan Kekasihmu,
walau tidak pernah melihat wajahmu,
namun kerap hadir dalam mimpiku,
bagai membalas jawapan rinduku..

wahai Rabi'ah..
kita terpisah antara dua wajah..
wajah abbasi dan wajah akhir zaman..
engkaulah gadis abbasi dan aku gadis akhir zaman..
ku harap bersatu jua zaman itu..
iaitu zaman rahsia..
antara kau dan aku..
tiada yang lain..
bahkan dia dan dia..
tiada yang mengganggu,hanya kita berdua..
bersemadi dalam cinta Robb..
kerana ILAHI jua..

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menceritakan dari Rabb-nya, yang berfirman, ‘Cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling mencintai karena-Ku, cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling tolong-menolong karena-Ku, dan cinta-Ku berhak untuk orang-orang yang saling berkunjung karena-Ku.’ Orang-orang yang bercinta karena Allah berada di atas mimbar-mimbar dari cahaya dalam naungan ‘Arsy pada hari tiada naungan kecuali naungan-Nya.” (HR. Ahmad; Shahih )..

wallahua'lam...

:: el Intizaar Mahabbatillah ::
:: 5 oct 2011 , 9.58 .pm (waktu malaysia )::
:: musim panas di mesir ::

Thursday, June 9, 2011

aku takutkan Allah





Abu Hurairah ada meriwayatkan,akan terdapat 7 golongan yang mendapat naunganNYA d hari tiada naungan melainkan naunganNYA..


1. pemimpin yang adil


2.pemuda yang masanya dihabiskan utk beribadah kepada ALLAH..


3.seseorg yang hatinya terpaut dengan masjid


4.lelaki yang berkasih sayang..bertemu dan berpisah kerana ALLAH semata..


5.lelaki yang di ajak dan di goda wanita berpengaruh dan cantik utk melakukan maksiat,lalu dia mengelak dan berkata "sesungguhnya aku takutkan ALLAH"


6.seseorg yang bersedekah dengan tangan kanannya sehingga tidak diketahui oleh tangan kirinya..


7.lelaki yang mengingati ALLAH dalam sendirian lalu mengalirlah airmatanya..


-hadis riwayat IMAM MUSLIM-


lihatlah naungan yang ke lima..


"lelaki yang di ajak dan digoda wanita berpengaruh utk melakukan maksiat,lalu dia menolak dengan mengatakan 'inni akhofullah"..


lihatlah teman se agamaku..


betapa mulianya pandangan ALLAH buat mrk yang menjaga maruah dan diri dari terpalit dosa dunia..


dan begitu indahnya ni'mat anugerah ALLAH buat mereka yang berusaha mencari keredhaan ALLAH dalam marah dan bencinya manusia..


sudah semestinya fitnah bakal terpalit buat hamba yang berlindung dengan ALLAH ini..


kerana menolak ajakan org yang berpengaruh..


namun,dek kerana hanya ALLAH yg dilihat,semua keindahan dunia bagai pudar begitu sahaja..


sahabat,siapakah lagi yang menjadi harapan kita selain ALLAH..


di dunia lagi ALLAH dah buktikan bahawa kita sememangnya x mampu utk berbuat sesuatu melainkan dengan bantuanNYA..


makan,minum,pakaian,kesihatan..dan yang paling sejahtera..ni'mat islam,iman,ihsan yang ALLAH anugerahkan itu..jauh dari kemampuan utk kita usahakan sendiri..semua dari RABB izzah...cahaya HIDAYAHNYA..


suka intizaar kongsi beberapa coretan kisah dari para salafussaleh dan anbiya' yang banyak memberi pengajaran pd kita sebenarnya dalam konsep mencari makna KETUHANAN yang sesungguhnya..


kisah pertama dari nabi ALLAH yusuf alaihissalam..


sahabat blh lihat terjemahan dalam surah yusuf : ayat 23..


betapa ALLAH menjaga si nabi yang rupawan ini dari terjerumus ke lembah maksiat..jauh dari tergoda dek hasutan zulaikha @ zalikha @rail..


dan betapa ALLAH juga membenarkan kebaikan dan kemuliannya tersebar luas ke bumi kinanah,mesir..


rajin2kan lah meneliti mukjizat alquran..rahsia yg jelas membawa sinar hidayah dari RABBmu..



kisah kedua..melalui penelitian intizaar..ia sangat membawa satu perspektif yang positif bagi para hamba yang menuju ma'rifatullah..
siri dimana golongan waliyullah,HASSAN BASRI,TSABIT ALBANANI dan MALIK DINAR meminang pemilik maqam mulia,waliyullah RABIATUL ADAWIYAH..
ceritanya bermula ketika mereka menziarahi pondok rabiah dan berkeinginan utk meminangnya..



soalan pertama di aju oleh imam hassan basri..


"wahai rabiah,kahwin itu sunnah rasulullah,utk itu silalah engkau memilih salah seorg di antara kami.."


maka jawab rabiah..


"baiklah tuan2..saya mempunyai satu permasalahan,jika tuan2 dapat memecahkan permasalahan itu,nescaya dialah yg akan menjadi suamiku.."


soalan pertama : menurut tuan2,nanti d mahsyar,saya termasuk golongan mana? neraka atau syurga?


soalan kedua : menurut tuan2,saya adalah golongan yang celaka atau golongan yang bahagia,ketika ALLAH ciptakan saya dalam kandungan ibu saya.."


soalan ketiga : menurut tuan2,saya termasuk golongan mana ketika diseru nanti..adakah golongan yang diseru "janganlah kamu bersedih dan gentar,atau 'tidak ada gembira bagimu'.."



soalan keempat : "menurut tuan,golonganku nanti termasuk golongan syurga atau neraka?"


soalan kelima : "menurut tuan,wajahku di akhirat putih berseri atau hitam legam lagi menghinakan?"


soalan keenam : "bagaimanakah seruan buatku d akhirat kelak,'fulan bin fulan bahagia' atau 'fulan bin fulan' celaka.?"


usai soalan itu..hassan basri dan sahabatnya terdiam seketika lalu menundukkan kepalanya dan mengalirlah airmata mrk..lalu menjawab..


"maaf rabiah,saya tidak tahu akan jawapannya"



lalu rabiah kecewa dan sedih..dan berlalulah golongan waliyullah itu dengan persoalan yg sangat tertugu di qalb..


begitulah teman..mencari ALLAH bukan mudah..meski kita nampak benda itu satu perkara yg indah jika bergerak dalam jemaah..namun haruslah di ingat..kehidupan kita x selamanya dalam jemaah dan bai'ah yg bagus..



pasti ALLAH akan uji kedudukan kita sebagai pemilik hidayahNYA..


sebagaimana firmannya :


"sesungguhnya KAMI akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut ada musuh dan sedikit kelaparan..dengan kekurangan harta benda dan jiwa..serta hasil tanaman..dan berilah khabar gembira kepada mereka yang SABAR"


jika ALLAH mentarbiah jiwa dan rohani..kita sudah tidak memerlukan mana2 pihak utk menyegarkan iman kita..


mohonlah pada TUHAN yg satu..hanya DIA selayaknya TUAN yang mempunyai hamba..yg di mohonkan segala pengharapan..


moga2 ALLAH memudahkan proses insan menghampiriNYA..


mencari ALLAH itu bak menyelam ke dasar lautan..


semakin dalam menghampiri dasar..semakin hilang gema manusia..


hilai manusia,suara manusia..


semakin jauh dari pengharapan dunia..yg tinggal hanyalah degupan jantung..berdegup kalimah RABB..


disitulah bertemunya hati kepada RABB..


mencariNYA dengan penuh setia...


moga2 ALLAH berkenan mengangkat hijab antaraNYA dengan hambaNYA yg benar2 mencariNYA..


amin..

Saturday, April 30, 2011

dialah kekasih yg MAHA PENGASIH..

aku...
mempunyai seorg kakak...
kakak..
yg begitu hampir...
begitu rapat dengan hati dan jiwa ku..
dia temanku...
dia ratuku..selepas ibuku..
tatkala aku mencari dan mengenali TUHANku...
dialah kakakku...
yg membantuku mengenaliNYA..
namun...
takdirku....
x sempat melihat wajahnya..
x sempat menemui jasad zahirnya...
yg sempat..hanya melalui cerita2 mereka tentangnya...
cerita yg dari ratusan tahun...
turun temurun..menjadi khazanah pengalaman...
dan aku membaca kisah dia...menitis airmata..
menahan rindu ingin bertemunya...
menahan derita ingin mendengar kisah ma'rifatullah..darinya..

dialah...
waliyullah RABIAH BINTI ISMAIL ADAWIYAH..
atau d kenali rabiatul adawiyah...

wahai kakak ku pencinta ALLAH...
maafkan adikmu krn tanpa malu melafazkan kau sbg ukhti..
walau bukan sbg saudara seibu..
namun,kau lebih ku rasa dekat melebihi saudara kandung...
lahirnya dikau ratusan tahun mendahuluiku..
lama....756 masihi...dan kini ...2011 masihi...
d zaman yg menggigit,,khalifah abbasiah..
wahai kakak ku permata hatiku..
sungguh kau hanya mencari ALLAH..TUHANmu dan TUHAN adikmu...
kau mengajarku erti sebuah pengabdian kpd RABB krn cinta..bukan krn pengharapan dan takut semata..
wahai kakak ku bernama RABIAH..
kau d lahirkan sbg anak bongsu dan keempat..krn itu namamu RABIAH (yg keempat)..
dan adikmu juga anak yg keempat dan bongsu..
wahai kakakku bernama RABIAH...
engkau mengajar dan mendidikku...
agar mencari kekasih kita...
ALLAH HAQQ...
engkau sentiasa berdoa memohon pada KEKASIH itu..
agar menetapkan hati serta menenggelamkanmu dalam cinta dan mengingatiNYA semata...
wahai kakak ku buah hatiku...
aku menyintaimu wahai kakak ku..
aku mendamba utk bertemu denganmu...
walau dalam mmpi...cukuplah utk ku menatap wajahmu penuh suci..
lambang anugerah KEKASIHmu...
inginku memelukmu..krn x tertahan merinduimu...
kau mentarbiah hatiku...yg asalnya dari TUAN kita...
engkau menyerahkan hatimu semata kpd RABB...
sehingga kau mengharamkan syurga buatmu....dan menghalalkan neraka buatmu...
jika ibadahmu krn keduanya..bukan krn KEKASIHmu...
wahai kakak ku...
adikmu mendamba agar dapat bertemumu...bersua dua muka...berbicara 2 lisan...
berhadapan dengan penuh cinta...cinta menuju ALLAH SUBHANAHU WATA'ALAA...
melupakan dunia yg penuh dugaan...
wahai RABIATUL ADAWIYAH...
KESEKIAN KALI..HATIKU SENTIASA MENGENANGMU..
krn hatiku mencari TUHAN kita...ALLAH yg satu...
aku bertawassul dengan namamu..
dengan kewalianmu d sisi TUHAN mu...
moga2 DIA ALLAH yg MAHA PENYAYANG berkenan memaqbulkan harapan seorg hamba..

yaa rabiatul adawiyah..
aku merasakan dekat krn kau bukan seorg yg yg d kurniakan kelebihan oleh TUANmu..namun engkau masih mencariNYA...
yaa rabiatul adawiyah..
aku merasa hampir dgnmu..krn engkau bukan dari keturunan rasulullah..jadi aku tidak merasa rendah diri..
yaa rabiah...aku merasa aman membaca kisahmu..kerana tiada apa yg menaikkan martabatmu melainkan pengabdian mu pd ALLAH..
tiada istilah harta,keturunan mahupun rupa...itulah cinta haqiqi menuju RABB..

biarlah...tinggal rahsia kitaa....
bahawa engkau ku rindu...dan engkau ku nanti...
wujud berbicara dalam hatiku...secara sembunyi...
tanpa mereka tahu...engkau hamba yg ALLAH kasih ...
sedang berbicara dengan aku,mencari YANG MAHA PENGASIH...~
AMEENN..

:: el intizaar mahabbatillah ::

Tuesday, April 19, 2011

kerana aku bukan sesiapa



dalam pencarian seorang hamba..

merintihlah kepada TUHANmu..

yg MAHA MENANTI rintihan hambaNYA..

ya ALLAH RABBi wa RABBunnas..

hamba hy lah hamba..

yg kekal sbg seorg hamba..

wahai TUAN bernama TUHAN..

apakah haqq seorg hamba d mataMU yg RABB..

sungguh bodoh persoalan hamba ini..

tanpa malu menanyakan pd TUANnya..

apakah tidak malu jika RABB nya tidak menjawab persoalan itu..

itulah dia..

seorg yg hina mana mungkin akan d pandang mulia..melainkan pd dirinya wujud sifat2 ke arah apa yg d sukai TUANnya..

dan kekallah hamba..dengan merayu dan kekal dalam lautan rayuan hamba pd TUANnya...

alangkah ni'matnya sesiapa yg d anugerahkan ni'mat mencintai RABB nya ...dan kekal dalam ombak kerinduan dan ketaatan...

dan perasaan itu hanyalah utk para nabi,rasul,wali2 ALLAH,mereka yg terpilih...




firman ALLAH.."mereka wali2 ALLAH,tiada perasaan gerun mahupun takut pada hatinya"..

subhanALLAH..

itulah haqiqat RABB..dalam anugerahNYA..

dan hamba..kekal sbg hamba..

mencapai tahap itu..sungguh jauh..

hy yg terpilih dr TUANku..dapat merasai ni'matNYA...



wahai rasulullah..

engkau insan terpilih dr TUHAN kita bernama ALLAH..

inilah ummatmu..

ummat yg sekadar ummat...

dicipta pada hujung2 hayat bumi..

aku bukanlah dr kalangan sahabat2mu..

bukan dari kalangan isterimu..

bukan jua dr kalangan pewaris nasabmu..

jika engkau datang dan bertanya tentang keistimewaanku..

aku x mmpu utk mmberi jawapan..

sbb jawapanku tidak menepati persoalan itu...

aku bukanlah isterimu,bukan jua dari pewarismu..


jauh dari hakikat layak aku utk menggapai itu...

namun ...

ya rasulullah...

umatmu ini berkenan ingin menyampaikan..

bhwasanya..

ummatmu ini hanya mempunyai satu impian..

ingin melihat wajah TUHANnya...

dan bersamamu di satu tempat yg d pilih ALLAH...

dan itulah...hanya jawapan yg kekal sbg jawapan....

krn hanya ...

itulah harapan seorg hamba...



KERANA AKU...

BUKAN SESIAPA...~








 
© 2009 | InTiZaaR | Por Templates para Você | This template is brought to you by : allblogtools.com