Tuesday, June 12, 2012

mengalah dalam Harapan

    

      
      

        Tengah hari itu,bandaraya kota bharu mula sesak.jam sudah menghampiri 1 petang.motosikal pun tidak kurangnya memecut selaju motokar.waktu begini biasanya ibu bapa mula menggerak langkah mengambil anak2 pulang dari sekolah.ada yang datang awal,mengelak dari sesak teruk dalam perjalanan.ada juga yang lengah,mungkin sibuk menyiapkan keperluan anak-anak yang lainnya di rumah.
  
    Di stesen bas kota bharu adalah tempat paling sibuk,dengan tambahan asap bas yang baunya kurang menyenangkan,Mila bertukar tukar barang ditangannya untuk diganti sebagai pengibas.kadang-kadang diambil buku,kadang-kadang hujung tudungnya,dikibas berselang seli bagi mengelak asap ekzos kenderaan menyedut masuk ke hidungnya.
sambil disibukkan dengan suhu panas membahang itu,terdengar namanya dipanggil..

'mila..!'

sepertinya suara itu pernah disimpan dalam kotak memori Mila.Dia memalingkan kepala,sukar untuk menuju arah suara itu,kerana gangguan hon dan enjin kereta-kereta yang sangat membingitkan.

'mila..' bahunya ditepuk.
'eh kau..Lisa'.. kotak memori Mila sudah menafsir simpanannya..
'subhanallah..rindunya kat kau Mila.lama kita tak jumpa'

mereka berpelukan tanpa sempat Mila membalas kata-kata Lisa.mungkin kerana terlalu rindu.pelukan mesra.bagai cincin yang hilang permatanya.bila bertemu,orang sekeliling pun tersenyum dengan pertemuan itu.

Mila dan Lisa sudah lama berteman rapat,seawal tingkatan tiga.Dan sekarang mereka sudah di alam universiti.Namun mereka berpisah kerana Mila terpilih mengikuti jurusan kedoktoran di Indonesia,manakala Lisa pula senang memilih jurusan bahasa di universiti tempatan.

'bila kau balik,Mila? tanya Lisa teruja.

'minggu lepas.Aku cuti dalam 2 bulan.maaf handphone aku hilang masa di Indonesia,dan aku memang loss contact dengan kawan lama'

'ooh i see.takpe,alhamdulillah Allah pertemukan kita disini.aku sangat rindu kau Mila'

'aku pun rindu kau.lagipun kau takde FB.susah aku nak PM kau'

'aku malaslah nak sibukkan diri dengan FB.'

kemudian tangan Mila digenggam erat oleh Lisa.

'jom kita masuk Parkson Mall depan tu.Mesti kau teruja,yelah,sebelum kau pergi Indonesia tu,mall ni belum siap'
'waahh,besarnya..! teruja aku tau masa sampai stesen bas tadi,ralit je tengok mall ni,aku memang berteka teki juga nak masuk sebelum kau datang tadi.dah sekarang kau ajak,jom..!' Mila menyambut mesra ajakan Lisa

mereka melintas jalan melawan arus sesak kenderaan.Di dalam mall Parkson damai je suasana,tiada lagi pencemaran bunyi,Lisa membeli 2 buah milk shakes.mereka duduk di kerusi berdekatan meja makan di kedai tu.
sambil mengacau-ngacau buih shakes dengan straw,
'kau ape cerita sekarang?' tanya Mila ingin tahu perkembangan sahabat baiknya
'aku?'
'yelah..takkan pakcik berjanggut belakang kau tu'
mereka gelak.
'aku..alhamdulillah,Allah mudahkan urusan aku.sejak aku ambil jurusan bahasa ni.aku mendalami bahasa arab dengan mudahnya.Dan peperiksaan baru ni.alhamdulillah,aku dapat 4 flat.syukur' ujar Lisa

'wahh,,kau dapat 4 flat?? hebatnya.untunglah kau'

'eleh,kau apa kurangnya Mila.nanti kau jadi doktor nanti,lagi hebat dari aku'

'erm..' mila seperti berfikir panjang

'kenapa Mila? kau ok ke.' tanya Lisa perlahan-lahan merendahkan kepalanya mengintai Lisa yang mula menunduk.

'kau lain Lisa.jurusan kau ambil tu jurusan yang kau suka,yang kau minat,yang kau idam-idam dari zaman sekolah.tapi aku...memang kau nampak gah je aku ambil medic,tapi dalam lubuk hati aku,aku sakit,aku tak dapat follow up dengan pengajian aku.aku kadang-kadang tak dapat fokus dengannya.entahlah,aku cuba untuk meminati pilihan kedua ibu bapa aku ni.tapi,apalah dayaku,aku memang tak mampu' ayat Mila seakan-akan mula berserak.menahan sebak.

'aku faham Mila...bersabar ye'

'minat aku macam kau..aku nak terus dalam dunia pengajian bahasa arab.aku nak jadi ustazah.kau pun tahu kan result Bahasa Arab Tinggi aku cemerlang dari kau dalam kelas.tapi sekarang,aku tak dapat sambung pengajian aku,aku nak dalami ilmu adab dan nusus,ilmu syair.tapi,akhirnya..beginilah aku'

'Lisa,aku cuba nak bahagiakan mak ayah aku,tapi lepas aku tak mampu bagi result cemerlang pada mereka,mereka kecewa dengan aku,aku tak salahkan mereka,sebab mereka yang tanggung aku beribu-ribu ringgit untuk sampai ke Indonesia tu.yelah,aku pergi ni secara persendirian,bukan tajaan Kerajaan.' 
sebak Mila mula membuahkan air yang keluar dari kelopak matanya.

'Mila.....maafkan aku,aku tak berniat nak melukakan hati kau..aku tak tahu yang minat kau macam aku.maafkan aku Mila'.. harap Lisa sambil turut mengecilkan hujung tudung labuhnya dan mengelap matanya yang turut kebasahan.
'kau tak salah kawan.takpelah,kau doakan aku ye.biar aku terus kuat' pinta Mila sambil memgang erat tangan sahabatnya itu

'inshaAllah Mila'

Lisa sememangnya seorang sahabat yang baik,Mila pun sama.Mereka digelar "belangkas" di zaman sekolah mereka kerana selalu bersama.Lisa sering dipilih orang atasan untuk dilantik jawatan tertinggi khususnya dalam badan dakwah.Dia juga ketua pelajar pada tahun akhir pengajiannya.tetapi disebalik kekuatan Lisa,sering Mila berada di sisi.Namun nasib Mila tidaklah sebahagia Lisa,pengaruhnya tidak sekuat temannya,sering juga tersisih kerana kurang sosialnya bersama kawan-kawan yang lain.dia lebih cenderung dalam subjek bahasa arab,kerana minatnya sangat mendalam akannya,Dan dia sering berusaha untuk terlibat dalam debat bahasa arab anjuran sekolah.

'apa lagi cerita kau ?'  tanya Mila cuba merawat lukanya

Lisa hanya mengukir senyuman

'kenapa pula ni.senyum je..ada apa-apa ek'

'takdelah,alang-alang kau dah tanya,aku bagitahulah.'

'apa dia?'

'inshaAllah,20 haribulan depan,aku bakal mendirikan rumah tangga.' ujar Lisa malu-malu

'ooh yeke..?! alhamdulillah..ya Allah..kawan aku nak kahwin..sukanya aku..orang mane tu Lisa?'

'orang Maahad Muhammadi Lelaki' jawab Lisa,mukanya sudah kemerah-merahan.

'aduh,aku ingat lagi pesan cikgu Atikah saban hari,dia kata budak maahad perempuan ni,bila datang sekolah je nak kasi kad kahwin kat cikgu,mesti takde orang lain pasangannya,mesti maahad muhammadi lelaki' usik Mila sambil mengukir senyuman,

'aku tak minta..dah jodoh kan..hihi' 

'ye aku tahu.aku suka sangat..sape orangnya tu' tanya Mila ingin tahu

Lisa mengambil sesuatu dari tas tangan hitamnya,mukanya semakin merah.Lisa pemalu orangnya.

'ni kad jemputan aku'

Mila membuka sampulnya dengan penuh debaran.Debaran yang jarang dirasakannya,yelah,kawan baik ingin mendirikan rumah tangga.bukannya selalu dirasakan kehangatannya.
kad itu dibuka perlahan,matanya berlari -lari ingin mencari garisan nama bakal suami sahabatnya itu..
akhirnya terfokus jua..

"Jemputan Ke Majlis Kesyukuran

Syed Muhammad Hafiz bin Syed Hassan
Syarifah Nurlisa bt Syed Akramin
 
'hafiz??'  tiba-tiba nama itu berjalan laju di atas lidah Mila.
'hafiz,anak Pak Syed YB cawangan Kota Bharu? sambung Mila
'ye..inshaAllah,dialah orangnya' jawab Lisa ringkas

'kenapa Mila..kau kenal ke orangnya?'

'ooohh,emmm..tak..aku tak kenal'

Mila cuba melawan kehendak hatinya.menafikan simpanan memorinya.cuba membuang kebenaran hatinya.
padahal nama insan itulah satu-satunya ukiran yang lama tertarah di qalbunya.Setelah lama diusahakan untuk mengaburkan ukiran itu,ia kembali berdarah dek gantian tarahan pisau yang dulu hanyalah tarahan ilusi sahaja,

Hafiz,teruna sebaya Mila dan Lisa itu,pemilik hafazan al quran 30 juzuk,berkulit cerah dan sering memakai isbal (berjubah),pernah menjadi tunang Mila,namun hanya sekejap,kerana hasutan keluarga Hafiz yang inginkan pasangan Hafiz berasal dari keturunan yang sama,iaitu 'Syarifah'.

hanya kerana nama,Mila di buang begitu saja,dianggap perosak keluarga besar Syed Muhammad Hafiz.
bagi mereka,menjaga keturunan mereka lebih dianggap baik dari menjaga hati yang sudah bersatu kerana agama.tidak ada masalah bagi Hafiz yang memandang Mila mempunyai agama yang baik,tetapi masalah bagi keluarganya.

terbayang akan Mila saat kali kedua Mila mengajak Hafiz kerumahnya,Ketika itu mereka masih bertunang,namun tiba-tiba sahaja,Mila dan keluarganya diberi utusan untuk memutuskan ikatan suci pertunangan.

hanya beralasan untuk menjaga keturunan,mereka berdua terpaksa mengikut kehendak ayah dan ibu Hafiz.
air mata bagai keringat mengalir meredah sebak jiwa Mila.Suasana pilu jelas tergambar tika itu.Hanya pandangan terakhir menjadi saksi cinta mereka.mata Mila menjadi kabur dek air yang memenuhi matanya,melepas bekas tunangnya yang dikenali sejak sekolah itu,benar-benar menyakitkan.Mata Hafiz juga seperti melihat-lihat ke atas cuba menyekang air dari matanya mengalir,kemudian dia mencipta langkah awal keluar dari rumah Mila,mungkin terlalu sebak.

'mila....milaaa...' bahu Mila dicuit
'kau ok Mila' tanya Lisa hairan melihat raut wajah Mila yang mengelamun

'ehh..errr... oo.........aku ok Lisa..maaf tadi aku tiba-tiba teringat mak ayah aku' hati Mila menyembunyi fitrah jiwanya..

Lisa tahu yang Mila pernah bertunang..tetapi Mila merahsiakan nama tunangnya.kerana dia benar-benar memegang prinsip bahawa nama tunang perlu dirahsiakan,

'risau aku,ingat ke ape lah tadi' ujar Lisa lega
'kenapa? kau nak balik dah ke.tiba-tiba fikir mak ayah kau ni?' sambung Lisa

'takdelah.aku cuma bangga dapat kawan macam kau,yang menjaga diri kau sejak awal remaja lagi,kau tak macam aku,aku pernah couple,berapa kali aku masuk gaung couple,tetapi aku tak dapat apa-apa hasil dari semua tu.hati aku remuk dalam alam couple,sehingga aku fikir aku sudah selamat di alam pertunanganku,namun aku silap,pertunangan jua mempunyai ranjaunya sendiri.' luah Mila rasa hatinya

'sahabatku,aku setia dengan kau.inshaAllah,Allah tidak akan menzalimi hambaNya,aku pasti kau gadis terhebat,kerana kau kuat diuji.aku cemburu dengan kau,walau aku dijaga dari kecil,tapi aku beruntung dapat kawan yang disayangiNya.aku sendiri belum pasti nasib aku macam mana.tapi yang aku pasti,kau sudah berjaya melalui ujian hidup kau.moga kau terus kekal dalam jalan perubahan.' Lisa senyum memberi kekuatan kepada Mila.Mereka berpelukan.

hari perkahwinan Lisa menjelang tiba,hati Mila berdebar-debar untuk meneruskan hasrat hatinya untuk ke majlis Lisa atau tidak.akhirnya,diteruskan jua kerana Lisa benar-benar sahabatnya didunia dan akhirat,
majlis berlangsung dengan meriah dan sederhana,mengikut adab islam sebaiknya,tiada pelamin,tiada upacara merenjis air mawar dan sebagainya,tiada nyanyian yang melaghakan.
sungguh cantik Lisa berbusana pengantin disulami indah tudung labuhnya yang berwarna krim.
Mila juga tidak kurang manisnya,menjadi penguat jiwa Lisa.

sejak keberadaan Mila disitu,dia cuba untuk tidak bertembung mata dengan pengantin lelaki,bimbang jiwanya menderhakai Lisa.Dia cuba menjaga hati,cukup untuk memenuhi jemputan temannya itu.

Mila yang ketika itu membetulkan selendang pengantin Lisa,tiba-tiba terdengar..
'pengantin lelaki nak masuk bilik ni.untuk sesi bergambar' bisik makcik Jah kepada mak Lisa,

'ermm sayangku Lisa,aku balik dulu,aku ada hal tiba-tiba'  pinta Mila cuba untuk mengelak

'Mila,tunggu lah dulu,kau tak tengok lagi suami aku'

'takpelah Lisa.aku dah kenal dia.aku doakan kau bahagia sehingga ke syurga' bisik Mila di telinga Lisa dan kemudian menicum pipinya.

Lisa tercengang dengan suasana itu.

'err,,,,Milaa...Milaaa'  teriak Lisa memanggil Mila yang mula menjarak langkah darinya.

pantas kaki Mila menuruni tangga dari tingkat dua.bergegas laju bimbang berselisih dengan orang yang pernah bersembunyi di hatinya.
gerak kaki nya semakin pantas..

usai meragut tas tangannya di atas meja dapur,
kemudian..

'Mila..?  Sayyeda Syamila Khadeeja? "

darah Mila berlari laju.berganda pecutannya. kotak fikirannya cuba meraba-raba ruangan minda..mencari suara garau yang seakan dikenalinya..

Mila memalingkan wajahnya ke arah suara itu.

'Haaafiiizzzz'....  berderau air mengalir,basah pipinya...

segala memori mula berterbangan dalam alam kenangannya.Hafiz tampan dengan isbal nya yang berwarna putih suci,bersesuaian dengan wajahnya yang putih dan berjambang.Mila tertunduk setelah ralit melihat Hafiz yang sekian lama menjarak wajah dari matanya,Dia tertunduk hanya kerana satu sebab...
kerana... kerana Hafiz bukan lagi miliknya,tetapi milik sahabat baiknya..

tanpa berfikir lagi,Mila kemudian membuka langkahnya, memintas Hafiz..

saat bahunya berselisih,
dengan sepenuh hati Mila bersuara,
memejamkan matanya..

'Mila doakan Hafiz dan Lisa kekal sampai syurga'
 "Selamat pengantin baru Syed Muhammad Hafiz..."  mengalir airmata Mila membasahi dagunya..

rumah itu tinggal kenangan dan sejarah mendalam di hati Mila..
dan kini Mila kembali ke Indonesia..cuba memperbaharui niatnya..untuk belajar kerana Allah,dan bukan lagi paksaan..
dan hatinya kini kosong untuk mana-mana cinta,dan cuba di isi dengan Cinta Yang Esa
dia cuba,cuba dan terus mencuba......

[hanya sebuah cerita..tiada kena mengena dengan jiwa penulis..=) ]

:: El Intizaar Mahabbatilah :: 
:: Musim Panas Mesir ::
       12 June 2012

1 Comentário:

aL-Faqir said...

sebuah jalan penceritaan yg menarik.. tahniah buat penulis "El Intizaar Mahabbatilah"

Post a Comment

 
© 2009 | InTiZaaR | Por Templates para Você | This template is brought to you by : allblogtools.com